Pengumuman

PROGRAM KAUNSELING KOMUNITI "CAKNA IBU TUNGGAL"

Bahagian Kaunseling dan Psikologi JKMN Terengganu telah mengadakan Program Kaunseling Komuniti "Cakna Ibu Tunggal" JKMN Terengganu 2017 pada 25 Februari 2017 bertempat di Pusat Khidmat Setempat (OKU) Marang. Program ini telah melibatkan 150 orang ibu tunggal yang terdiri daripada klien jabatan dan peserta 1 Azam JKMN Terengganu. Antara pengisian program ini adalah slot ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Cr. Mohd Fakrul Rizal bin Mohamed Din, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu Besut.Selain itu juga, program ini telah membuka peluang kepada peserta untuk mengikuti kelas kemahiran seperti deko kek, solekan dan urutan yang dikendalikan oleh tenaga pengajar yang terlatih. Program ini telah dirasmikan oleh Encik Norazaman bin Ab Manaf, Timbalan Pengarah JKMN Terengganu.