Pengumuman

Maklumat Bagi Promosi Perkhidmatan Respite Care Di Rumah Seri Kenangan Cheras

 

Maklumat Bagi

 

Promosi Perkhidmatan Respite Care Di Rumah Seri Kenangan Cheras   

 

         Konsep

Respite Care adalah perkhidmatan alternatif kepada waris/ penjaga untuk menempatkan secara sementara Warga Emas dalam jagaannya di institusi bagi suatu tempoh tertentu, disebabkan tuntutan tugas di luar kawasan atau negara, atau apa-apa sebab yang memerlukan Warga Emas ditempatkan di institusi . Perkhidmatan Respite Care merangkumi jagaan dan perlindungan kepada Warga Emas di samping pengurusan dan penyediaan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan tempat tinggal di institusi.

          Kriteria Warga Emas dan Waris/ Penjaga

         i)       Warga Emas

          a)     Berumur 60 tahun dan ke atas (suami/ isteri, adik-beradik, ibu/ bapa, ibu/ bapa saudara, datuk/ nenek, datuk/ nenek saudara).

         b)      Tidak mempunyai penyakit berjangkit.

         c)      Berupaya menguruskan diri sendiri.

         d)      Warganegara Malaysia/ penduduk tetap.

         ii)       Waris/ Penjaga

          a)     Waris kepada Warga Emas (contoh: anak, anak saudara, cucu, suami/ isteri, adik-beradik) ATAU

          b)     Penjaga (keluarga angkat, kawan)

         c)      Warganegara Malaysia.

          Tempoh Penempatan

                   Tempoh penempatan  adalah seperti berikut :

                   i)       Minimum - satu hari( 1 jam -24 jam); atau

       ii)    Maksimum - 30 hari atau bergantung kepada kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

         Kemudahan

Institusi menyediakan kemudahan dan lain-lain perkhidmatan  kepada  Warga Emas  yang mendapatkan perkhidmatan Respite Care  iaitu:

 

i)       Kediaman

Menyediakan kediaman khusus serta dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan asas.

ii)      Perubatan
 

Menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan asas di klinik institusi dengan pemantauan Jururawat Masyarakat bagi tujuan pemeriksaan kesihatan rutin dan keperluan ubatan asas. Rawatan pemeriksaan dan perkhidmatan perubatan lanjut daripada klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang berdekatan akan diberikan, jika perlu.

iii)     Fisioterapi

Kemudahan perkhidmatan dan alat bantuan fisioterapi yang dikendalikan oleh Jurupulih  Perubatan Anggota dan Jurupulih Carakerja terlatih, jika perlu/ dibenarkan oleh keluarga.

iv)     Surau

Mempunyai kemudahan surau yang boleh memuatkan 200 orang jemaah pada satu-satu masa dengan pelbagai aktiviti dan program keagamaan yang dijalankan.

v)      Dobi

Perkhidmatan dobi yang diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan di institusi.

           vi)     Bilik Riadah

Kemudahan bilik riadah bagi tujuan sosial dan rekreasi bersama penghuni lain serta pengunjung.
 

Permohonan Perkhidmatan Respite Care

Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

Tarikh Kemaskini : 01/06/2016