• Pusat Jagaan Sinar Kasih ditubuhkan bagi memberi perlindungan kepada wanita berusia 18 tahun hingga 21 tahun. Perlindungan diberikan sehingga melahirkan kandungannya. Ini dilakukan bagi tujuan mengelakkan pembuangan bayi oleh wanita yang mencari jalan singkat untuk mengatasi masalah yang dihadapi.

    Pusat Jagaan Sinar Kasih ini memberikan perlindungan kepada ibu dan bayi yang dilahirkan dengan selamat. Di samping itu juga memastikan bayi mendapat penjagaan dan perlindungan di rumah kanak-kanak sekiranya ibu kandung tidak sanggup memelihara bayi.

    Tarikh Kemaskini :24/09/2021

    1. Permohonan sukarela khusus bagi wanita yang berusia 18  tahun hingga 21 tahun.
    2. Permohonan mestilah dibuat menggunakan Borang PJSK 1.
    3. Kemasukan adalah diluluskan oleh Pegawai/Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat.
    4. Laporan peribadi perlu disediakan dalam tempoh sebulan dari tarikh kemasukan.
    5. Setiap permohonan yang diluluskan tidak dikenakan apa-apa bayaran.
    6. Pemohon /ibu /bapa /penjaga /waris dikehendaki menandatangani Surat Keizinan perubatan apabila diperlukan oleh pihak-pihak yang berkenaan.
    7. Surat Keizinan penyerahan bayi kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat hendaklah ditandatangani oleh pemohon sekiranya pemohon tidak berhajat untuk untuk memelihara bayi.
    8. Pemohon adalah bebas daripada ketagihan dadah dan alkohol
    9. Pemohon terdiri daripada warganegara Malaysia sahaja.

    Tarikh Kemaskini :24/09/2021

    1. Pemohon hadir ke PJSK dan temuramah akan dijalankan bagi memastikan kesahihan pemohon memerlukan perlindungan segera;
    2. Sekiranya memerlukan perlindungan segera, maka pemohon perlu isi borang PJSK 1.
    3. PJSK akan sediakan Laporan Awal dan terus merujuk kes kepada PKMD berdekatan bagi kemasukan.
    4. Sekiranya kes dirujuk oleh PKMD/PKMJ, maka PJSK maka terus kepada kemasukan serta menyemak dokumen berkaitan seperti Borang PJSK 1, PJSK 2, PJSK 3, Laporan Awal, kad pengenalan dan laporan perubatan jika ada.
    5. Selepas penempatan  di PJSK, membawa penghuni ke hospital bagi pemeriksaan perubatan
    6. Galakkan ibubapa  menemani penghuni bagi temujanji perubatan susulan sekiranya penghuni ada ibubapa.
    7. Pelindung atau PJSK akan berbincang dengan penghuni rancangan masa depan bayi yang bakal lahir;
    8. Maklumkan kepada ibubapa penghuni sekiranya ada serta PKMD/PKMJ tentang kelahiran bayi
    9. Pastikan bayi  dan ibu mendapat pemeriksaan susulan perubatan
    10. Jika penghuni tidak lagi memerlukan perlindungan maka urusan pengeluaran penghuni dilakukan dengan menghubungi ibubapa sekiranya ada  serta PKMD/PKMJ yang berdekatan

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

    1. Salinan kad pengenalan
    2. Borang PJSK 1

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • -

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • Pusat Jagaan Sinar Kasih Kompleks Bakti Sungai Buluh
    Kompleks Penyayang BAKTI, No. 1, Jalan Tanjung SD 13/4A Off Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Selangor, 52000 Kuala Lumpur
    Telefon: 03-6272 0092
     
    Pusat Jagaan Sinar Kasih Batu Gajah Perak
    Batu 1 Jalan Pusing,
    Batu Gajah,
    31000, Perak.
    Tel: 05-366 1493
     
    Pusat Jagaan Sinar , Kuching Sarawak
    Jalan Telaga Air,
    93050 Kuching, Sarawak
    Tel: 082-843228/220/240
     

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • Borang PJSK1,
    Borang PJSK 2
    Borang PJSK 3
    Surat Keizinan Perubatan
    Surat Keizinan Penyerahan Bayi
     

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021