• Lawatan keluarga merupakan satu elemen penting dalam Program Pengintegrasian Semula Penghuni Institusi Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Matlamat utama Program Penintergrasian Semula adalah untuk menjalin semula ikatan silaturahim dan kekeluargaan yang terputus atau renggang akibat tingkahlaku yang tidak diingini samada berpunca daripada keluarga mahupun kanak-kanak.
     
    Institusi Kanak-Kanak di bawah kendalian JKM merupakan penempatan sementara bagi kanak-kanak dalam usaha memastikan kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak terjamin. Justeru, penempatan kanak-kanak di institusi JKM merupakan  pilihan terakhir setelah segala usaha telah dilakukan bagi mengesan waris untuk menemukan semula dan merapatkan kembali hubungan kanak-kanak dengan keluarga bagi meneruskan kelangsungan hidup  mereka belum berrhasil.

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • KANAK-KANAK ertinya seseorang di bawah umur 18 tahun yang diperintah masuk oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) bagi tujuan pemeliharaan dan perlindungan, pelindungan dan pemulihan atau menjalani pemulihan dalam bentuk keinstitusian.
     
    KELUARGA  ertinya waris terdekat bagi kanak-kanak iaitu ibu kandung / bapa kandung/ ibu bapa kandung/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang telah diluluskan oleh Pelindung Kanak-Kanak atau Pegawai Akhlak bagi maksud kebenaran lawatan ke atas kanak-kanak di institusi kanak-kanak JKM.

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

    1. Keluarga Kanak-Kanak perlu terlebih dahulu mengetahui keberadaan kanak-kanak di Institusi Kanak-Kanak iaitu samada di:-
    1. Rumah Kanak-Kanak (RKK)
    2. Asrama Akhlak (AA)
    3. Sekolah Tunas Bakti (STB)
    4. Taman Seri Puteri (TSP)
    1. Mengemukakan Borang Permohonan Lawatan Keluarga dan dapatkan surat kelulusan daripada:-
    1. Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan bagi penempatan kanak-kanak di Rumah Kanak-Kanak (RKK); atau
    2. Pegawai Akhlak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Bahagian/ Cawangan yang berdekatan bagi penempatan kanak-kanak di Asrama Akhlak (AA), Sekolah Tunas Bakti (STB) atau Taman Seri Puteri (TSP).
    1. Borang Permohonan Lawatan Keluarga Ke Institusi Kanak-Kanak adalah seperti berikut :-..........
    2. Berikut adalah dokumen penting yang perlu ada dan disertakan semasa mengemukakan permohonan lawatan keluarga iaitu :-
    1. Borang Pemohonan Lawatan Keluarga Ke Institusi Kanak-Kanak JKM;
    2. Dokumen Pengenalan Diri (kad pengenalan/ surat beranak/ passport) yang asal dan sesalinan bagi pemohon dan ahli keluarga lain yang turut serta;
    3. Salinan Perintah Mahkamah;
    4. Surat pemberitahuan kemasukan kanak-kanak ke institusi kanak-kanak oleh pihak pentadbiran institusi kanak-kanak (jika ada); dan
    5. Lain-lain dokumen yang difikrkan perlu.
    1. Bilangan ahli keluarga yang dibenarkan adalah tidak melebih tiga (3) orang pada satu-satu masa.
    2. Pertimbangan bagi kelulusan permohonan turut mengambil kira pematuhan kepada syarat tambahan sebagaimana peruntukan Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
    3. Setelah permohonan diluluskan, surat kelulusan Lawatan Keluarga ini hendaklah dibawa bersama dan diserahkan kepada pihak pentadbiran institusi kanak-kanak berkenaan.
    4. Surat kelulusan ini hanya terpakai pada tarikh dan masa yang telahdiluluskan oleh Pelindung Kanak-Kanak atau Pegawai Akhlak sahaja sebagaimana dalam surat kelulusan.
    5. Walaubagaimana pun, kelulusan permohonan lawatan keluarga  ini juga tertakluk kepada waktu lawatan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pentadbiran institusi kanak-kanak berkenaan dari semasa ke semasa.
    6. Mana-mana Pelindung Kanak-Kanak atau Pegawai Akhlak boleh pada bila-bila masa membatalkan kelulusan permohonan sekiranya mendapati terdapat maklumat yang tidak benar atau palsu termasuk kesilapan pemilikan identiti  diri dan  fizikal pemilik.

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021