• RTH merupakan Rumah Kanak-Kanak Sistem Berkeluarga dalam konteks penjagaan kanak-kanak yang diabaikan oleh penjaga atau ibu bapa kandung. Penubuhan Rumah Tunas Harapan adalah hasil "Perkongsian Bijak" di antara Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan badan-badan korporat, agensi-agensi Kerajaan,  pertubuhan kebajikan sukarela dan masyarakat tempatan.
     RTH merupakan satu inovasi dalam penjagaan kanak-kanak yang tiada keluarga kandung, dengan menempatkan 8 hingga 10 orang kanak-kanak dalam sebuah rumah biasa. Mereka diberi jagaan, perlindungan dan didikan oleh penjaga yang telah dipilih khas sebagai ibu bapa pelihara mengikut kepercayaan agama dan budaya masing-masing.

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

    1. Kanak-kanak mengikut takrifan Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu bawah 18 tahun;
    2. Kanak-kanak yang dikategori memerlukan perlindungan dan pemeliharaan;
    3. Keutamaan adalah kanak-kanak yang mempunyai adik-beradik semasa di RKK, supaya mereka berpeluang untuk membesar dalam satu keluarga;
    4. Kanak-kanak yang tidak berpenyakit dan tidak banyak bermasalah dari segi sikap, kelakuan dan positif dalam pemikiran;

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

    • Pemohon perlu ke PKMD berdekatan untuk permohonan kemasukan kanak-kanak secara sukarela
    • Menerima permohonan dan Tarikh temubual dan lawatan ke rumah dilakukan bagi penyediaan laporan
    • Permohonan  yang lengkap serta laporan siasatan dikemukan kepada oleh PKMD ke JKMN untuk sokongan
    • Permohonan yang telah disokong dihantar ke Bahagian Kanak-Kanak  Ibupejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk proses  kelulusan
    • Kelulusan permpohonan  kemasukan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
    • Surat kelulusan kemasukan kanak-kanak ke RTH dihantar kepada PKMD untuk tindakan lanjut
    ATAU
    • Menerima laporan/aduan berhubung kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan;
    • Pelindung membuat siasatan kerja kes dan menyediakan laporan sosial;
    • Permohonan dihantar ke Bahgian Kanak-Kanak untuk diproses;
    • Mendapat kelulusan daripada  Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
    • Surat kelulusan kemasukan kanak-kanak ke RTH dihantar kepada PKMD untuk tindakan lanjut

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • -

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • Ibu Pelihara
    • Ibu pelihara yang dilantik oleh JKM bagi menjaga 8-10 kanak-kanak di sebuah Rumah Tunas Harapan;
    • Peranan ibu pelihara ialah memberikan penjagaan dan pemeliharaan kepada kanak-kanak  dalam suasana persekitaran kekeluargaan khususnya dari pembanguna mental, fisikal dan kerohanian

    Anak Pelihara
    • Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
    • Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
    • Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • Borang JKM/RTH/2008
     

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021

  • -

    Tarikh Kemaskini :25/03/2021