• Pusat ini ditubuhkan bertujuan untuk memberi latihan vokasional dan pemulihan perubatan kepada OKU keutamaannya kategori fizikal. Terdapat beberapa kursus yang telah disediakan. Di antaranya ialah
     
    1. Kursus vokasional seperti Kursus Pengurusan Pejabat (SKM Tahap 2),
    2. Kursus Pembuatan Pakaian Wanita (SKM Tahap 3),
    3. Kursus Pemasangan Elektrik (Satu Fasa), dan
    4. Kursus Prostetik dan Ortotik
    5. Kursus Fabrikasi Logam (Pembuatan Kerusi Roda).
     
    Kursus pra-vokasional turut disediakan seperti berikut:
     
    1. Kursus Seni Lukis dan Kursus Teknologi Batik.
     
    PLPP berperanan sebagai pusat kecemerlangan bagi OKU keutamaannya kategori fizikal yang berteraskan latihan kemahiran, pemulihan, industri alat sokongan dan sukan para, ke arah mendayaupayakan OKU ke tahap paling optimum dan produktif supaya berdaya saing dalam pasaran kerja.
     
     
     
    Syarat-syarat permohonan kemasukan ke PLPP adalah seperti berikut:
    1. OKU fizikal yang berdaftar dengan JKM
    2. Berumur antara 18-40 tahun
    3. Berkelulusan SPM, PMR atau sekurang-kurangnya boleh membaca, menulis dan mengira
    4. Berkeupayaan menguruskan diri
    5. Bebas dari pengaruh dadah

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • Pemohon, ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan secara PLPP melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman.
     
    Pemohon diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan.

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • a.           Borang Permohonan Kemasukan ke PLPP
    b.           Salinan kad pengenalan pemohon;
    c.           Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara (jika berkaitan);
    d.           Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga;
    e.           Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan;
    f.            Salinan kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga.
     

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • a.           Borang Permohonan Kemasukan ke PLPP
    b.           Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga;
    e.           Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan;
     

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

', start: '', end: '', className: 'third-color-custom', id: '6625' }, ], eventClick: function(info) { //alert(info.id); $('#my-content').load('/jkm/index.php?r=portal/activitydetail&id=' + info.id); // myModal.show(); //window.location.href = "/jkm/index.php?r=portal/activitydetail&id=" + info.id; } }); // var myModal = new bootstrap.Modal(document.getElementById('myModal'), {});