Kanak - Kanak
-
Penerangan AM
Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 [Akta 308] dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012 (Peraturan-Peraturan TASKA), mewajibkan semua TASKA berdaftar dan mematuhi standard minimum yang telah ditetapkan oleh JKM. Berkuatkuasa 1 Januari 2013, Kursus Asuhan PERMATA merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, pengurus, penyelia dan pengasuh bagi menggantikan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) yang telah dilaksanakan sejak tahun 1990.
Menurut Peraturan-Peraturan TASKA 2012, semua pengurus, penyelia dan pengasuh kanak-kanak di TASKA hendaklah mempunyai sijil hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM. Pengusaha perlu lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) atau Kursus Asuhan PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM sebelum menubuhkan TASKA. Latihan berkaitan pengasuhan dan didikan awal kanak-kanak amat penting untuk menentukan kualiti asuhan dan jagaan kanak-kanak di TASKA terjamin bagi memenuhi keperluan perkembangan menyeluruh, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta menangani berlakunya insiden kemalangan dan kematian kanak-kanak seperti yang kerap dilaporkan di media massa.
Peraturan-Peraturan TASKA 2012 telah memperuntukkan bidang kuasa JKM bagi mengiktiraf mana-mana individu, persatuan atau syarikat yang layak untuk menjalankan Kursus Asuhan PERMATA sebagai jurulatih, fasilitator atau agensi latihan.Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Syarat-Syarat Permohonan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN JURULATIH
Jurulatih TOT Kursus Asuhan PERMATA- Umur 30 tahun ke atas
- Kelulusan akademik/kemahiran
- Ijazah Sarjana Muda atau lebih tinggi; atau
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 5 dalam bidang Jagaan dan Komuniti
- Pengalaman mengajar dalam KAAK atau Kursus Asuhan PERMATA atau apa-apa kursus yang berkaitan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak sekurang-kurangnya lima (5) tahun; dan
- Apa-apa syarat lain atau pengecualian yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
Jurulatih Kursus Asuhan PERMATA- Umur 25 tahun ke atas
- Kelulusan akademik/kemahiran
- Sekurang-kurangnya Diploma/STPM/HSC; atau
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 dalam bidang pengasuhan kanak-kanak; atau
- SPM/SPVM dan mendapat kelulusan khas KPKM.
- Pengalaman selama tiga (3) tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak/bekerja di TASKA bagi kelulusan Diploma/STPM/HSC/SKM 4 dan lima (5) tahun kelulusan SPM/SPVM;
- Hadir dan lulus KAAK dan TOT KAAK atau Kursus Asuhan PERMATA dan TOT Kursus Asuhan PERMATA bagi kelulusan Diploma/STPM/HSC/SPM/SPVM;
- Hadir dan lulus KAAK atau Kursus Asuhan PERMATA bagi kelulusan SPM 4;
- Hadir Bengkel Refresher TOT Kursus Asuhan PERMATA (mengikut keperluan);
- Jurulatih hanya dibenarkan mewakili 4 agensi latihan yang diiktiraf dan mengajar 2 sub-tajuk utama (core paper) dan 4 sub-tajuk bukan utama (light paper) sahaja (maksimum) atau 6 sub-tajuk bukan utama (light paper) sahaja (maksimum); dan
- Apa-apa syarat lain atau pengecualian yang difikirkan patut dan sesuai oleh KPKM.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN FASILITATOR- Umur 25 tahun ke atas
- Kelulusan akademik/ kemahiran
- Sekurang-kurangnya Diploma/STPM/HSC; atau
- Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4 dalam bidang pengasuhan kanak-kanak; atau
- SPM/SPVM dan mendapat kelulusan khas KPKM.
- Pengalaman selama tiga (3) tahun dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak/bekerja di TASKA bagi kelulusan Diploma/STPM/HSC dan lima (5) tahun kelulusan SPM/SPVM;
- Lulus KAAK dan hadir TOT KAAK;
- Hadir Bengkel Refresher TOT Kursus Asuhan PERMATA (mengikut keperluan);
- Fasilitator hanya dibenarkan mewakili 4 agensi latihan yang diiktiraf (tertakluk kepada perubahan); dan
- Apa-apa syarat lain atau pengecualian yang difikirkan patut dan sesuai oleh KPKM.
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AGENSI LATIHAN- Persatuan atau individu yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
- Pengalaman sekurang-kurangnya tiga (3) tahun menjalankan apa-apa kursus yang berkaitan;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 6 jurulatih dan 4 orang fasilitator yang diiktiraf; dan
- Mempunyai kemudahan serta peralatan latihan yang cukup dan sesuai untuk melaksanakan Kursus Asuhan PERMATA; dan
- Apa-apa syarat lain atau pengecualian yang difikirkan patut dan sesuai oleh KPKM.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Prosedur Permohonan
Permohonan sebagai jurulatih/ fasilitator/ agensi latihan KAP boleh dibuat dengan langkah berikut:
- Layari portal EZi2Care (http://ezi2care.jkm.gov.my/)
- Semasa “Daftar sebagai Pengguna”, kategori untuk dipilih oleh:
- Jurulatih dan fisilitator adalah “Individu”; dan
- Agensi latihan adalah “Persatuan/ Organisasi/ Agensi”.
- Lengkapkan borang permohonan secara dalam talian (online) berserta dengan dokumen sokongan yang diperlukan.
- Permohonan disemak oleh JKM dan diangkat dalam Mesyuarat Panel Pengiktirafan KAP untuk pertimbangan.
- Jurulatih/ fasilitator/ agensi latihan yang diluluskan permohonan pengiktirafan akan dikeluarkan sijil pengiktirafan setelah menjelaskan fi sebanyak RM300.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
- Layari portal EZi2Care (http://ezi2care.jkm.gov.my/)
-
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen sokongan perlu dimuatnaik dalam portal EZi2Care semasa permohonan sebagai jurulatih/ fasilitator/ agensi latihan kursus.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Bayaran
- Fi sebanyak RM300.00 adalah:
- Jurulatih/ Fasilitator bagi tempoh tiga tahun
- Agensi latihan bagi tempoh dua tahun
- Pembayaran boleh dibuat menggunakan cek/ Money Order/ Postal Order atas nama “KETUA PENGARAH KEBAJIKAN MASYARAKAT”.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Makluman
- Permohonan disemak oleh JKM dan diangkat dalam Mesyuarat Panel Pengiktirafan KAP untuk pertimbangan.
- Jurulatih/ fasilitator/ agensi latihan yang diluluskan permohonan pengiktirafan akan dikeluarkan sijil pengiktirafan setelah menjelaskan fi sebanyak RM300.
Tarikh Kemaskini :25/03/2021
-
Borang
Borang permohonan sebagai jurulatih/ fasilitator/ agensi latihan KAP boleh diisi dalam portal EZi2Care (http://ezi2care.jkm.gov.my/).
Tarikh Kemaskini :25/03/2021