Bahagian - Bahagian
-
Profil Pengarah Bahagian
Nama : Hj Azmir Bin Kassim
Jawatan: Pengarah Kebajikan Produktif
Telefon : 03-8323 2400
Faks : 03-8323 2084
E-mel : azmir@jkm.gov.my
Tarikh Kemaskini :06/05/2021
-
Info Bahagian
PENGENALAN
Bahagian Kebajikan Produktif telah melakukan transformasi di mana fungsi dan tanggungjawab telah dipertingkatkan bagi memantapkan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih efisyen dan cemerlangselaras dengan objektif bahagian iaitu mengatur strategi untuk mempertingkatkan taraf sosioekonomi penerima bantuan ke arah hidup berdikari di samping menyelaras pemberian bantuan kepada kumpulan sasar Jabatan serta menguruskan mengsa-mangsa bencana selaras dengan Arahan MKN 20.
Bahagian Kebajikan Produktif terbahagi kepada empat (4) Cawangan iaitu:
Cawangan Pengurusan Bantuan- Memantapkan pengurusan bantuan yang efisien, cekap dan cepat bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
- Merancang, memantau, menyelaras dan meningkatkan penglibatan Klien JKM dalam program-program productive welfare melalui bantuan Geran Pelancaran dan jaringan kerjasama strategik inter agensi berkaitan dalam aspek pemberian dana/ kemahiran/ kepakaran dan pemantauan dalam membangun penerima bantuan ke arah berdikari.
- Menyelaras dan memastikan tanggungjawab JKM dalam pengurusan bencana mengikut Arahan MKN 20 (Semakan Semula) dapat dilaksanakan dengan cekap, bersepadu dan berkesan.
- Merancang, memantau dan menyelaras penglibatan klien JKM dalam projek pemerkasaan ekonomi di Pusat-pusat Aktiviti dan Institusi JKM.
- Menggembeleng potensi kumpulan sasar berkeperluan khas agar lebih produktif menerusi penyertaan dalam aktiviti keusahawaan social (social enterprise)
- Urus setia kepada mesyuarat-mesyuarat berkaitan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
- Membantu Jawatankuasa berkaitan dalam mengkaji, membincang dan mengemukakan kertas cadangan projek dan aktiviti di bawah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
- Membantu menggerakkan projek dan aktiviti di bawah Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
- Menyediakan laporan perbelanjaan dan pengurusan kewangan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Diperbadankan;
- Membantu Jawatankuasa dalam mengkaji, membincang dan memutuskan hal-hal perjawatan, program latihan anggota; dan program pendidikan dan latihan kumpulan sasar Jabatan.
Tarikh Kemaskini :23/03/2021
-
Fungsi Bahagian
TIGA (3) CAWANGAN
- CAWANGAN PENGURUSAN BANTUAN
- CAWANGAN PEMBANGUNAN KLIEN PRODUKTIF
- CAWANGAN PROWELL KEUSAHAWANAN SOSIAL
- CAWANGAN PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA
1) Perancangan dan Pengurusan Bantuan:
a. Pengurusan Bantuan
b. Urusetia Tabung Serangan Binatang Buas;
c. Pemantauan bayaran 1HB (Tunai /Bank); dan
d. Tabung Bantuan Segera (TBS).
2) Pemantauan Pengurusan Bantuan;
a. Pelaksanaan Pemantauan Bantuan;
b. Laporan Pemantauan;
c. Analisa & Cadangan Penambahbaikan;
d. Maklumbalas Audit; dan
e. Pemantauan Pematuhan pelaksanaan.
3) Perancangan dan Pengurusan Bajet Bantuan:
a. Penyediaan anggaran;
b. DasarBajet /DasarBaru / One Off;
c. OBB (Outcome Based Budgeting);
d. Agihan peruntukan;
e. Pemantauan perbelanjaan;
f. Statistik perbelanjaan; dan
g. Pemantauan PTJ Khas Bantuan.
4) Pengurusan Sistem Berkaitan Bantuan:
a. E-Bantuan;
b. MyIdentity
5) Pengurusan Aduan/Talian Kasih berkaitan bantuan; dan
6) Penyediaan jawapan Parlimen berkaitan isu bantuan.
CAWANGAN PEMBANGUNAN KLIEN PRODUKTIF
1) Merancang, memantau dan menyelaras program-program productive welfare bagi penerima bantuan Jabatan;
2) Memantau dan menyelaras pemberian Bantuan Latihan Perantis kepada penerima bantuan KIR, penerima bantuan AIR dan bekas penghuni institusi yang mengikuti latihan kemahiran;
4) Mewujudkan kolaborasi iaitu Jaringan Kerjasama Inter Agensi dalam membangun penerima bantuan ke arah berdikari;
5) Mewujudkan kerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Tenaga Kerja, MARA, Amanah Ikhtiar Malaysia, Ministery Of Agriculture dan lain-lain agensi yang berkaitan dalam aspek pemberian dana/kemahiran/kepakaran dan pemantauan di bawah program productive welfare;
6) Membuat analisa keperluan latihan/kemahiran klien produktif;
7) Menyediakan laporan/statistik dan cadangan penambahbaikan penglibatan klien dalam productive welfare;
8) Memantau dan menyelaras input/maklumat berkaitan productive welfare untuk tujuan dokumentasi dan advokasi;
9) Menyelaras serta melaksanakan program-program pembangunan personel dan peningkatan kendiri klien jabatan;
10) Membangunkan modul mengurangkan kebergantungan klien kepada jabatan sebagai exit policy perkhidmatan bantuan;
11) Menilai hasil kajian keberkesanan program/aktiviti dalam membangun klien ke arah berdikari; dan
12) Menyelaras dan memantau Kelompok Sokong Bantu (client support group) di kalangan penerima bantuan di semua negeri.
CAWANGAN PROWELL KEUSAHAWANAN SOSIAL
1) Memantau projek pemerkasaan ekonomi di pusat-pusat aktiviti dan Institusi;
2) Menyelaras projek pemerkasaan ekonomi di pusat-pusat aktiviti dan Institusi;
3) Menyedia dan menyelaras laporan projek dari pusat-pusat Aktiviti dan Institusi; dan
4) Menilai keberkesanan projek pemerkasaan ekonomi di pusat-pusat aktiviti dan Institusi.
CAWANGAN PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA
1. Perancangan dan Pengurusan Bencana
a. Pengurusan bajet dan perolehan bencana
b. PTO Pengurusan Bencana Banjir
c. Info Banjir
d. Urus Setia Bilik Gerakan Bencana
e. Urus Setia Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana Pusat
f. Pelan Kontigensi Bencana
g. Penyelarasan penggunaan Sistem eJKM bagi Modul Bencana
2. Pengurusan Fasiliti Penyimpanan Bantuan Bencana
a. PTO Pengurusan Stor Keperluan Bencana
b. Penyelarasan dan pemantauan Depot/Mini Depot/Pangkalan Hadapan
c. Pemantauan Laporan Verifikasi Depot/Mini Depot/Pangkalan Hadapan
3. Pengurusan Pasca Bencana
a. Penyelarasan pelaksanaan tindakan pasca bencana dengan jabatan dan agensi lain yang terlibat
b. Pemantauan tindakan pemulihan pasca bencana di peringkat Negeri dan Daerah/Jajahan/Bahagian
c. Pelaksanaan post-mortem dan penambahbaikan pengurusan bencana
d. Penyediaan pelaporan pasca bencana
e. Sistem Pasca Banjir – penyelarasan data
4. Penyediaan Statistik dan Maklumat Berkaitan Bencana
a. Penyediaan statistik bencana
b. Penyediaan maklumat dan input bencana bagi peringkat kebangsaan dan luar Negara serta jawapan parlimen dan keperluan lain yang berkaitan
Tarikh Kemaskini :15/01/2020
-
Carta Organisasi
Tarikh Kemaskini :15/01/2020