• Job Coach Information Centre @ PLPP telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun pada 26 April 2016. Tujuan pusat ini ditubuhkan adalah untuk memberi sokongan pekerjaan“Supported Employment”  kepada pelajar PLPP. Antara perkhidmatan yang diberikan  seperti berikut:-

    • Memberi penerangan mengenai pekerjaan yang sesuai;
    • Membantu melengkapkan borang permohonan pekerjaan,
    • Membantu dalam penyediaansume;
    • Memberi sokongan sebelum dan  semasa memperoleh pekerjaan;
    • Memberi sokongan intensif tempat kerja kepada mereka yang    memerlukan; dan
    • Memantau serta membuat follow-up kepada OKU yang bekerja untuk memastikan mereka kekal dalam pekerjaan.

    Tempoh sokongan yang diberikan bergantung kepada tahap ketidakupayaan OKU itu sendiri.
     

    Tarikh Kemaskini :07/12/2017

  • Pengenalan
    Taman Sinar Harapan merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya kategori Masalah Pembelajaran (OKU). Selain itu, Taman Sinar Harapan juga merupakan Tempat Selamat untuk pelindungan khususnya kepada kanak-kanak OKU Masalah Pembelajaran di bawah Akta Kanak-Kanak 2001. Pada masa ini terdapat tujuh (7) buah Taman Sinar Harapan di seluruh negara. Penghuni ditempatkan di Taman Sinar Harapan bagi tempoh tiga (3) tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun. Dalam tempoh tersebut penghuni akan diberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan yang sewajarnya mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977.
     
    Terdapat dua (2) cara kemasukan ke Taman Sinar Harapan iaitu secara sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 dan melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
     
    Objektif
    1. Memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada kategori Orang Kurang Upaya Masalah Pembelajaran.
    2. Memberi latihan Aktiviti Kehidupan Seharian (Activity Daily Living) kepada penghuni supaya berupaya menguruskan diri sendiri.
    3. Memberi latihan pravokasional kepada penghuni bagi meningkatkan kemahiran ke arah kehidupan berdikari.
    4. Memberi peluang kepada penghuni untuk berinteraksi dengan penghuni lain dan masyarakat melalui aktiviti-aktiviti bersosial.
    5. Memberi latihan kemahiran sosial dan aktiviti kemasyarakatan bagi tujuan integrasi dengan komuniti.
    Klasfikasi Taman Sinar Harapan
    Penempatan penghuni di sesebuah Taman Sinar Harapan dibuat berdasarkan tahap ketidakupayaan, umur dan jantina mengikut klasfikasi seperti berikut:
     
     
    Bil. Institusi

    Klasifikasi Kemasukan
     
    1. Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, TERENGGANU
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 0-14 Tahun
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    2 Taman Sinar Harapan Cheras, SELANGOR
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 14-25 Tahun
    • Boleh Dilatih
    3 Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, NEGERI SEMBILAN
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 0-14 Tahun
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    4 Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru, JOHOR
    • Lelaki Sahaja
    • Umur 15-35 Tahun
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    5 Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru, JOHOR
    • Perempuan Sahaja
    • Umur 15-35 Tahun
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    6 Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, SELANGOR
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 15 Tahun Ke Atas
    • Tidak Boleh Dilatih/Terlantar
    • Tempat Selamat
    7. Taman Sinar Harapan Jitra, KEDAH
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 0-14 Tahun
    • Tidak Boleh Dilatih/Terlantar
    • Tempat Selamat

    Syarat-Syarat Permohonan Kemasukan
    Syarat-syarat permohonan kemasukan ke Taman Sinar Harapan secara sukarela seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Kategori OKU Masalah Pembelajaran
    3. OKU Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    4. Tiada penyakit berjangkit
    Cara Permohonan Kemasukan
    Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan secara sukarela ke Taman Sinar Harapan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman. Pemohon akan diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan.

     


    Tarikh Kemaskini :07/12/2017

  • Pengenalan
    Bengkel Daya merupakan Bengkel Terlindung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikhususkan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berdaya saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Bengkel Daya menyediakan peluang pekerjaan di unit-unit kerja kepada pekerja OKU. Bengkel Daya diurus dan beroperasi mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung 1979. Pada masa ini terdapat dua (2) buah BD iaitu:
    1. Bengkel Daya Klang
    2. Bengkel Daya Sungai Petani

    Objektif
    1. Mewujudkan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya yang sukar mendapatkan pekerjaan di pasaran terbuka.
    2. Meningkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran pekerja OKU.
    3. Memberi sumber pendapatan kepada pekerja OKU.

    Syarat-Syarat Permohonan Kemasukan
    1. Warganegara Malaysia
    2. OKU berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    3. Katogeri OKU Masalah Pembelajaran (Mild) atau OKU Fizikal
    4. Berumur 18 tahun-45 tahun
    5. OKU boleh berdikari
    6. Tidak ada penyakit berjangkit
    Cara Permohonan Kemasukan
    Ibu bapa/penjaga atau Orang Kurang Upaya (OKU) berminat dan memenuhi syarat boleh membuat permohonan kemasukan ke Bengkel Daya melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman. Pemohon akan diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan. OKU yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga untuk penilaian kemasukan ke Bengkel Daya.
     
    Unit Kerja (Bengkel Perusahaan)
     Antara unit-unit kerja yang terdapat di Bengkel Daya berkenaan seperti berikut:
    1. Jahitan
    2. Sulaman
    3. Roti dan Pastri
    4. Dobi
    5. Peruncitan
    6. Bistro (Restoren)


    Tarikh Kemaskini :07/12/2017

  • LATAR BELAKANG PENUBUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA) OKU
    Selaras dengan pengumuman bajet Tahun 2013 pada 28 September 2012, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan projek perintis TASKA OKU bagi 6 kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi sindrom down, autism, penglihatan, pendengaran, fizikal dan masalah pembelajaran. Penubuhan TASKA OKU ini diharap dapat memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak kurang upaya serta meringankan beban keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang berkualiti.
                           
    OBJEKTIF PENUBUHAN TASKA OKU
    (i)  Membantu ibu bapa / penjaga dan kanak-kanak OKU mendapat perkhidmatan yang sesuai dengan ketidakupayaan yang dihadapi,  pada masa yang sama keperluan bagi       pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak dapat dipenuhi;
    (ii)  Membantu mengurangkan beban ibu bapa / penjaga kanak-kanak OKU terutama kepada ibu bapa / penjaga yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan pengasuhan yang sempurna dan berkualiti bagi anak-anak OKU mereka. 

    STANDARD MINIMA PENGASUHAN
    Bagi memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia menerima asuhan yang berkualiti, satu standard minima pengasuhan telah dibangunkan.  Pengawalan standard minima pengasuhan adalah berdasarkan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Pindaan 2007) dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.  Ia bertujuan menjamin perkhidmatan pengasuhan yang berkualiti.
     
    KONSEP TASKA OKU
     i.     TASKA OKU adalah merupakan suatu pendekatan yang akan memberi tumpuan kepada keluarga yang mempunyai anak OKU.
     ii.    TASKA OKU berkonsepkan penyertaan bersama NGO, ibu bapa, kanak-kanak, agensi Kerajaan,  badan swasta dan komuniti setempat.


    Tarikh Kemaskini :30/04/2021