• Nama      : Zuhami bin Omar
    Jawatan : Pengarah Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU)                 
    Telefon   : 03 - 8323 5000
    Faks        : 03 - 8323 2063 
    E-mel      : zuhami@jkm.gov.my

    Tarikh Kemaskini :16/07/2024

  • Pewujudan Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) telah diluluskan pada 1 September 2008 dan mula beroperasi pada 1 Mei 2009. JPOKU menyediakan perkhidmatan dan kemudahan jagaan, perlindungan, pemulihan, latihan serta peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya di samping menggalakkan penyertaan aktif komuniti setempat melalui pengintegrasian dan pembangunan Orang Kurang Upaya.  Jabatan ini juga berperanan untuk menggerakkan program kesejahteraan Orang Kurang Upaya. 

     
     


    Tarikh Kemaskini :21/02/2017

  • Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) mengandungi enam (6) Bahagian yang mempunyai fungsi masing-masing seperti berikut:

    (1) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KERJAYA
    1) Merancang pembangunan kerjaya OKU:
    • Meneliti jawatan yang sesuai diisi oleh OKU bagi sektor awam;
    • Menyelaras dan memantau pelaksanaan gaji minima kepada pekerja OKU;
    • Merancang dan menyelia program kerjaya OKU.
    2) Menggalak penyertaan OKU dalam pasaran pekerjaan:
    • Mengadakan jalinan kerjasama dengan majikan terpilih;
    • Memantau program on the Job Training bagi OKU lepasan sekolah menengah dan lepasan politeknik dengan majikan;
    • Merancang dan mengadakan seminar pekerjaan kepada majikan;
    3) Pendaftaran pekerjaan OKU:
    • Memantau pendaftaran pekerjaan OKU di dalam sistem Pengurusan maklumat OKU (SMOKU).
    4) Pengurusan Data Pekerjaan OKU:
    • Memantau pengurusan data OKU di sektor awam berdasarkan pekeliling perkhidmatan dasar 1 % OKU di sektor awam dan Sistem e-JKM iaitu Maklumat OKU Sektor awam.
    5) Perkhidmatan Job Coach:
    • Menyelia keperluan bajet dan pembayaran elaun untuk program Job Coach;
    • Merancang dan melaksanakan latihan/kursus Job Coach kepada kakitangan awam, pihak majikan swasta dan NGO;
    • Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan dan orang awam berkaitan Job Coach;
    6) Merancang dan melaksana Disability Equality Training (DET):
    • Merancang dan menyelaras peruntukan kewangan untuk program DET;
    • Menyelaras kerjasama antara DET trainer di seluruh Malaysia;
    • Menyelaras dan mengumpul maklumat program DET yang dijalankan oleh DET trainer; dan
    • Merancang dan melatih DET trainer.
    (2) BAHAGIAN PEMBANGUNAN SOSIAL
    1) Menjalin perkongsian bijak dengan sektor korporat untuk pembangunan OKU;
    2) Menggalak penyertaan OKU dalam ekonomi;
    3) Menggalak penglibatan komuniti dalam kerja kemasyarakatan berkaitan OKU;
    4) Menyelaras, menyelia dan menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) OKU;
    5) Menjalin kerjasama dengan agensi dalam dan luar Negara;
    6) Merancang pembangunan dan memantau Pusat Khidmat Setempat (PKS);
    7) Merancang pembangunan dan memantau Rumah Kelompok (RK);
    8) Menyelaras dan memantau pendaftaran OKU di dalam SMOKU:
    • Membangun dan menyelenggara sistem pendaftaran dan pangkalan data;
    • Mengurus dan menyelaras pangkalan data OKU;
    • Mengurus dan memantau semua jenis aduan berkaitan pendaftaran OKU; JABATAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA
    9) Merancang dan menyediakan dokumentasi Jabatan;
    10) Menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pendaftar OKU mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta OKU 2008:
    • Menyelia tugas dan tanggungjawab Pendaftar dan Penolong Pendaftar di negeri dan daerah.
    11) Merancang, membangun, menyelaras dan memantau program advokasi mengenai pendaftaran OKU.

    (3) BAHAGIAN PERKHIDMATAN INSTITUSI
    1) Menyelia pentadbiran dan pengurusan institusi (Taman Sinar Harapan dan Bengkel Daya):
    • Menyelaras dan memantau agihan peruntukan kewangan institusi;
    • Membuat semakan laporan perbelanjaan bulanan institusi;
    • Merancang, membangun dan memantau program jagaan dan pemulihan di institusi;
    2) Menyelaras dan memproses permohonan kemasukan ke institusi:
    • Memantau perlaksanaan permohonan kemasukan ke institusi menggunakan sistem e-JKM;
    • Menyiasat dan menyelesaikan isu-isu OKU atau laporan kematian penghuni institusi OKU;
    • Merancang dan melaksanakan program latihan kepada care givers di institusi;
    3) Menyelaras statistik & daftar kemasukan ke institusi;
    4) Merancang, membangunkan dan menyelaras Sistem Pengurusan Klien institusi dan Indikator Kualiti Penjagaan Kesihatan (IKPK);
    5) Menyelaras dan Memantau Pembangunan Kurikulum Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional berpandukan Standard Sijil Kemahiran Malaysia;
    6) Mengurus, menyelaras dan memantau Pusat Latihan, Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi sebagai Pusat Kecemerlangan OKU:
    • Merangka dan membangun program-program pembangunan kerjaya di PLPP;
    • Mengurus dan Menyelaras Tindakan bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia bagi Kursus yang ditawar di PLPP;
    • Memantau program-program latihan dan pembangunan OKU di Pusat Latihan Perindustrian dan dan Pemulihan (PLPP) Bangi;
    • Menyelaras dan Memantau Pelaksanaan Program dan Perkhidmatan Job Coach di PLPP Bangi;
    • Mengatur dan Menyelaras kerjasama PLPP Bangi dan Agensi-Agensi lain bagi meningkatkan kualiti program yang ditawarkan di PLPP Bangi; dan
    • Urus setia Mesyuarat Task Force PLPP Bangi Sebagai Pusat Kecemerlangan OKU dan Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah PLPP Bangi.
    (4) BAHAGIAN PEMULIHAN DALAM KOMUNTI (PDK)
    1) Merancang, membangun dan memantau program jagaan dan pemulihan di 486 buah PDK seluruh Negara:
    • Menyelia pentadbiran dan pengurusan kewangan di PDK;
    • Merangka dan menyediakan keperluan bajet tahunan PDK; 
    • Menyelaras perancangan dan laksana program dan aktiviti PDK;
    • Merancang dan melaksanakan latihan dan kursus pemulihan dan jagaan kepada Petugas dan Penyelia PDK;
    2) Menyedia dan menguruskan Mesyuarat Penubuhan PDK Baru;
    3) Menganalisa, menyediakan dan menguruskan Pengagihan Geran Tahunan kepada semua PDK seluruh Negara;
    4) Merancang dan menambahbaik Garis Panduan Pengurusan PDK;
    5) Merancang dan menerbitkan Buku Rancangan Mengajar OKU di PDK;
    6) Merancang dan melaksanakan Pembangunan Kurikulum di PDK;
    7) Merancang, melaksanakan dan memantau Program Kumpulan Advokasi Diri OKU , Program Parent Support Group di PDK dan       Program Terapi Augmentative Alternative Communication (AAC);
    8) Menyiasat dan menyediakan Laporan Aduan berkaitan PDK;
    9) Merancang, melaksanakan, memantau Economic Empowerment Programme (EEP) dan Program Purple DNA di PDK;
    10) Merancang, melaksanakan dan memantau Program Sukarelawan Japan Overseas Cooperations Volunteers (JOCV) di PDK; dan
    11) Penyediaan Buletin Tahunan PDK.

    (5) BAHAGIAN AKSESIBILITI
    1) Perancangan dan pemantapan aksesibiliti kepada OKU:
    • Alam Bina;
    • Pengangkutan;
    • ICT;
    2) Jalinan kerjasama dengan agensi yang berkaitan;  
    3) Merancang dan melaksanakan Audit Akses dengan kerjasama pihak berkaitan;
    4) Merancang dan melaksanakan Program Advokasi Aksesibiliti OKU;
    5) Menggalakkan pembangunan alat-alat sokong bantu mengikut piawaian yang ditetapkan;
    6) Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan aksesibiliti kepada OKU dari aspek:
    • Aksesibiliti di dalam/luar bangunan;
    • Aksesibiliti alam persekitaran;
    • Aksesibiliti kepada pengangkutan awam;
    7) Perancangan dan pemantapan aksesibiliti di PKMN/ PKMD/Institusi; dan
    8) Merancang dan melaksanakan Audit Akses dengan kerjasama pihak berkaitan.

    (6) SEKRETARIAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI OKU
    1) Membantu Majlis menjalankan fungsi sebagai Urus Setia kepada Majlis Kebangsaan OKU;
    2) Membantu Majlis melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
    • Menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan Dasar Negara dan Pelan Tindakan Negara berhubung OKU;
    • Membangun program dan strategi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai OKU;
    • Memantau dan menilai program pembangunan OKU oleh Jawatankuasa dan pihak-pihak berkaitan;
    3) Menjadi urus setia bersama kepada 6 jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya iaitu:
    • Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina;
    • Jawatankuasa Pendaftaran Orang Kurang Upaya;
    • Jawatankuasa Pekerjaan;
    • Jawatankuasa Pengangkutan;
    • Jawatankuasa Quality Life Care;
    • Jawatankuasa Pendidikan;
    4) Menyediakan Bajet/Laporan Kewangan Majlis;
    5) Menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan Dasar Negara dan Pelan Tindakan Negara berkaitan OKU; dan
    6) Membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua isu melibatkan OKU.


    Tarikh Kemaskini :05/06/2018



  • Tarikh Kemaskini :14/06/2016