(1)   Apa itu Perintah Khidmat Masyarakat?
  • Perintah Khidmat Masyarakat merupakan satu hukuman yang diperintahkan oleh mahkamah. Pesalah yang disabitkan hukuman akan melakukan kerja tanpa bayaran yang memberi faedah kepada masyarakat. 
(2) Apakah tujuan Perintah Khidmat Masyarakat?
  • Perintah Khidmat Masyarakat bertujuan bagi memberi pemulihan, pengajaran dan dan penginsafan bagi mengembalikan kefungsian sosial pesalah dan memberi manfaat nyata kepada masyarakat.
(3) Dimanakah Pesalah Muda boleh menjalani aktiviti Perintah Khidmat Masyarakat? 
  • Institusi JKM
  • Premis-premis kerajaan
  • Pusat Pemulihan Komuniti
  • Pusat Aktiviti Kanak-kanak
  • Pihak Berkuasa Tempatan
  • Pusat aktiviti Warga Emas
  • Home Help Services
  • Institusi Ngo yang berdaftar
  • Dan lain-lain
(4)  Apakah aktiviti yang dilakukan semasa menjalani Perintah Khidmat Masyarakat?
  • Pemuliharaan kawasan
  • Pemuliharaan bangunan
  • Lanskap
  • Kebersihan tempat rekreasi 
  • Penyelenggaraan padang
  • Pembaikan kecil
  • Housekeeping
  • Penyajian makanan
  • Penyelenggaraan surau
 
 
 
 
 
 
Tarikh Kemaskini : 25/04/2024