PENGENALAN
Asrama Akhlak adalah institusi yang ditubuhkan atau ditetapkan sebagai tempat tinggal bagi kanak-kanak yang dikehendaki tinggal di situ yang ditubuhkan di bawah seksyen 61 (Asrama Akhlak) Akta Kanak-Kanak 2001.
 
OBJEKTIF
  • Memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah (Perintah Percubaan) dan tidak terkawal; dan
  • Mendidik kanak-kanak membina sikap  positif, membentuk peribadi yang kukuh dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam  masyarakat
 
KATEGORI KANAK-KANAK
  • Permintaan bertulis ibu atau bapa atau penjaga kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan anaknya ke Asrama Akhlak,
  • Berusia sepuluh tahun ke atas,
  • Didapati bersalah atas apa-apa kesalahan selain jenayah berat, menyebabkan cedera parah, merogol, melakukan sumbang mahram atau mencabul kehormatan, kesalahan di  bawah seksyen 377B, 377C, 377D, 377E Kanun Keseksaan, dan
  • Dikehendaki untuk tinggal di Asrama Akhlak.
 
KEMASUKAN
Melalui perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Perenggan 91(1)(e) (perintah percubaan) atau Seksyen 46 (kanak-kanak tidak terkawal) Akta Kanak-Kanak 2001.

 
TEMPOH PEMULIHAN
Selama tempoh yang dinyatakan oleh mahkamah.
Tarikh Kemaskini : 23/04/2024