PENGOPERASIAN INSTITUSI WARGA EMAS PASCA PKP/B JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
PENGENDALIAN PENGHUNI WARGA EMAS DI INSTITUSI
- Apakah maksud Penjarakan Sosial/Social Distancing dan melaksanakan 3C dan 3W?
Pengusaha/petugas/penghuni pusat jagaan hendaklah sentiasa mengamalkan amalam3C dan 3W. 3C (crowded places, confined spaces & close conversation) adalah mengelakkan kawasan sesak dan sempit tertutup serta tidak bertutur pada jarak dekat. Manakala 3W (wash, wear & warn) pula ialah amalan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun; digalakkan memakai topeng muka di tempat awam atau jika bergejala; serta memberi amaran berkonsep peringatan seperti tidak bersalaman, mengamalkan adab batuk yang baik dan memeriksa suhu badan.
- Siapakah yang tidak dibenarkan memasuki institusi?
Mereka yang tidak dibenarkan memasuki Institusi termasuklah kakitangan, pekerja kontrak swasta, Ahli Lembaga Pengarah (ALP), pelawat dan orang awam jika ada:
- Mempunyai sebarang gejala COVID-19 seperti batuk, selsema, demam, sakit tekak atau sukar bernafas atau suhu badan melebihi 37.5 ºC.
- Sejarah perjalanan ke mana-mana negara atau ada kaitan dengan kluster COVID-19 dalam tempoh 14 hari bermulanya gejala.
- Kemungkinan kontak rapat dengan sesiapa yang positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bermulanya gejala.
- Kemungkinan kontak rapat dengan sesiapa yang telah diuji untuk COVID-19 melainkan keputusannya negatif.
- Apakah langkah pencegahan jangkitan COVID-19 di institusi?
- Membuat saringan suhu badan di pintu-pintu masuk Institusi;
- Memastikan bekalan termometer tanpa kontak atau termometer infrared (contactless or infrared thermometer) dan alat perlindungan seperti hand sanitizer, penutup mulut dan hidung (face mask) serta sarung tangan mencukupi;
- Memastikan hand sanitizer diletakkan di tempat yang mudah dilihat dan dicapai seperti kaunter, pejabat, asrama, bilik mesyuarat dan laluan penghuni. Pastikan juga ia kerap diperiksa dan diisi semula;
- Disarankan penggunaan pembasmi kuman tangan berasaskan alkohol dengan kandungan lebih daripada 60% etanol atau 70% isopropanol.
- Membuat semburan nyahkuman/ disinfeksi di persekitaran institusi terutamanya pada permukaan yang mudah dicemari seperti pintu, kerusi dan tempat pemegang dan sekurang-kurangnya 1 kali sebulan bagi keseluruhan kawasan institusi;
- Meningkatkan kefahaman, kesedaran dan latihan kepada kakitangan khususnya penggunaan alat pelindung seperti sarung tangan, penutup mulut dan hidung (face mask), penutup kepala dan sarung pakaian yang betul;
- Memakai topeng muka di mana perlu terutamanya jika terdapat penghuni yang tidak sihat dan mempunyai batuk ringan atau biasa, selesema atau demam;
- Mengamal penjarakan sosial di dalam institusi;
- Memastikan institusi sentiasa berada dalam keadaan bersih;
- Memastikan penghuni memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika mempunyai simptom-simptom seperti batuk, selesema dan demam;
- Elakkan perkongsian peralatan makanan dan penjagaan diri penghuni;
- Cuci peralatan makanan yang digunakan dengan air dan sabun pencuci sebelum digunakan semula;
- Memasak makanan dengan sempurna; dan
- Buka semua tingkap untuk pengudaraan asrama yang baik.
- Apakah peranan kakitangan dan penghuni untuk mencegah penularan wabak COVID-19 ini?
- Mengekalkan tahap kebersihan diri dan wajib mengikuti program saringan COVID-19;
- Kerap mencuci tangan dengan air yang bersih selama sekurang-kurangnya 20 saat menggunakan sabun atau menggunakan hand sanitizer (terutamanya sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, selepas menggunakan tandas atau selepas batuk atau bersin);
- Memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika mempunyai tanda-tanda jangkitan pernafasan seperti batuk atau selesema;
- Menutup mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin dan membuang tisu itu ke dalam tong sampah serta-merta dan mencuci tangan dengan teliti selepas itu;
- Elakkan bersentuhan seperti bersalaman, memeluk dan/atau mencium;
- Elakkan minum/makan daripada cawan, pinggan mangkuk, peralatan makanan yang mungkin telah disentuh/diguna oleh orang lain;
- Tanggalkan kesemua barang kemas dan jam tangan sebelum memulakan kerja bagi memastikan kebersihan tangan;
- Elakkan dari mendekati orang yang sakit, kurang sihat atau menunjukkan tanda-tanda penyakit seperti demam panas, batuk atau sesak nafas;
- Elakkan daripada menziarahi orang yang sakit jika diri tidak sihat atau mempunyai tanda-tanda jangkitan;
- Dapatkan rawatan perubatan dengan segera jika tidak sihat. Sekiranya kakitangan disyaki/bergejala COVID-19, arahan saringan COVID-19 perlu dikeluarkan; dan
- Bagi mana-mana kakitangan didapati positif, wajib mengikuti program pemulihan KKM dan dilarang hadir bertugas di institusi.
- Adakah perhimpunan dibenarkan selepas PKPB?
Tidak digalakkan sebarang bentuk perhimpunan dan aktiviti sosial beramai-ramai di institusi seperti perhimpunan kakitangan dan penghuni, perhimpunan pagi dan sambutan perayaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghindari sebarang risiko jangkitan.
- Bolehkah ahli keluarga berjumpa dengan penghuni?
Boleh. Perjumpaan terhad kepada dua (2) ahli keluarga sahaja dalam satu-satu masa. Perjumpaan tersebut hendaklah mengamalkan pemakaian penutup mulut dan hidung (face mask) dan mematuhi jarak sosial sekurang-kurangnya 1 meter sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan COVID-19.
Walau bagaimanapun ahli keluarga perlu terlebih dahulu mendapatkan kebenaran memasuki institusi. Sila rujuk jawapan Soalan 2 di atas.
- Apakah yang perlu dilakukan oleh institusi bagi penghuni yang baru pulang bercuti dengan keluarga?
- Apakah yang perlu dilakukan jika terdapat penghuni tidak sihat?
- Saya seorang penghuni di institusi dan bercadang hendak ke pekan berjumpa rakan. Bolehkah saya diberi cuti harian?
- Bagaimanakah aktiviti dan program penghuni di institusi dalam tempoh wabak COVID-19?
- Menghadkan bilangan lawatan, program dan penyertaan dalam aktiviti luar/dalaman untuk mengurangkan risiko pendedahan penghuni kepada orang awam;
- Mengurangkan aktiviti yang merentasi kemudahan, asrama atau blok;
- Menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil. Bilangan peserta dalam kumpulan kecil bergantung keluasan lantai dengan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter;
- Sentiasa mengingatkan agar mengekalkan tahap kebersihan yang tinggi, amalan kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer, mengamalkan adab batuk yang baik dan mengamalkan cara hidup sihat; dan
- Aktiviti hanyalah melibatkan penghuni yang sihat dan tidak bergejala.
- Bolehkah institusi membawa penghuni riadah/outing di luar institusi?
Tidak digalakkan. Walau bagaimanapun sekiranya perlu aktiviti luar seperti riadah/outing dibenarkan dengan mematuhi syarat-syarat berikut:
- Penglibatan dalam kumpulan kecil antara 5 hingga 10 penghuni;
- Tempat riadah/outing bukan tumpuan orang awam atau berisiko;
- Penghuni yang terlibat hendaklah yang sihat dan tiada sebarang/sejarah penyakit kronik;
- Tempoh aktiviti tidak melebihi 2 jam;
- Mengamalkan penjarakan sosial semasa dan sepanjang aktiviti;
- Mengamalkan kebersihan diri yang baik dan sempurna seperti kerap membasuh tangan; dan
- Memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika tidak sihat atau berada di tempat awam.
- Bolehkah institusi menerima kehadiran sukarelawan?
- Menjalankan aktiviti dalam kumpulan yang lebih kecil. Bilangan peserta dalam kumpulan kecil bergantung keluasan lantai dengan mengamalkan penjarakan sosial yang selamat sekurang-kurangnya 1 meter; dan
- Sentiasa mengamalkan amalan kesihatan dan kebersihan yang baik pada setiap masa seperti pemakaian face mask.
- Bagaimanakah mengendalikan penghuni yang tidak sihat?
mencegah jangkitan COVID-19. Alatan pelindungan yang digunakan hendaklah dibuang/dilupuskan dalam tong sampah dengan cara yang betul.
- Institusi menerima kemasukan penghuni baharu. Apakah yang perlu dilakukan?
Sekiranya tidak sihat, sila rujuk jawapan Soalan 8 di atas.
- Pada bulan Ramadhan/hari perayaan, institusi banyak menerima undangan ke majlis berbuka dan penyampaian sumbangan kepada penghuni. Bolehkah institusi membawa penghuni ke program undangan majlis penyampaian sumbangan/majlis hari raya sama ada di luar atau dalam institusi?
Tidak digalakkan. Aktiviti luar perlu dikurangkan bagi mengelakkan penghuni khususnya warga emas terdedah jangkitan wabak COVID-19. Sekiranya perlu kehadiran penghuni, institusi dibenarkan membawa penghuni dengan syarat-syarat berikut:
- Bilangan penghuni yang minimum antara 2 hingga 5 orang;
- Penghuni yang hadir hendaklah yang sihat dan tiada sebarang/sejarah penyakit kronik;
- Tempoh program tidak melebihi 2 jam; dan
- Mengamalkan penjarakan sosial semasa dan sepanjang program.
- Syarikat ABC hendak mengadakan program bersama penghuni dan menyampaikan sumbangan di institusi. Adakah dibenarkan program berkenaan?
- Kehadiran/penglibatan terhad antara 10 hingga 15 orang tanpa penglibatan penghuni;
- Diadakan di dalam dewan/ruang pejabat;
- Saringan suhu badan terhadap semua yang terlibat;
- Tempoh program tidak melebihi 2 jam;
- Memakai penutup mulut dan hidung (face mask) jika tidak sihat; dan
- Mengamalkan penjarakan sosial sepanjang program.
- Bagaimanakah temujanji dan pemeriksaan kesihatan penghuni selepas PKPB?
- Penghuni yang menerima wang saku bulanan secara tunai perlu cop jari pada baucar bayaran. Saya sebagai Pembantu Kebajikan Masyarakat telah ditugaskan untuk membuat bayaran wang saku tersebut. Apakah tindakan yang boleh saya lakukan bagi mencegah wabak ini?
- Pembayaran wang saku penghuni secara perseorangan (individu);
- Memakai penutup mulut dan hidung (face mask);
- Amalkan penjarakan sosial;
- Memakai sarung tangan semasa pembayaran kepada penghuni yang tidak sihat;
- Mengelakkan bersentuhan seperti bersalaman;
- Kerap membasuh tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer); dan
- Menggalakan pembayaran secara EFT kepada akaun penghuni.
- Adakah dewan makan boleh beroperasi seperti biasa (sebelum wabak)?
Tidak digalakkan. Walau bagaimanapun institusi boleh mengubah cara pengendalian makanan di dewan makan dengan mematuhi amalan penjarakan sosial dan kebersihan yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ketua Institusi perlu menyedia dan menampal Notis-notis Peringatan / Poster / Infografik di premis masing-masing berkenaan SOP menjaga penjarakan sosial satu (1) meter (termasuk menyediakan garisan satu (1) meter), sentiasa membasuh / sanitasi tangan, sentiasa memakai penutup hidung dan mulut, had bilangan penghuni dan lain-lain.
- Apakah peranan syarikat perkhidmatan swasta (kontrak) di institusi dalam mengawal penularan jangkitan COVID-19?
- Pekerja yang bekerja adalah sihat iaitu bebas-gejala;
- Pekerja dibekalkan penutup mulut dan hidung (face mask) dan hand sanitizer yang mencukupi;
- Sentiasa amalkan penjarakan sosial; dan
- Pihak syarikat disaran menyediakan surat kesihatan/bebas COVID-19 bagi setiap pekerja kontrak terbabit.
- Bolehkah Ahli Lembaga Pelawat (ALP) mengadakan mesyuarat?
- Bolehkah membawa penghuni Solat Jumaat di masjid atau yang berhampiran selepas PKP tamat?
- Penghuni bebas gejala COVID-19;
- Seorang pengiring (kakitangan) bagi setiap 10 penghuni;
- Berwuduk di institusi;
- Membawa sejadah sediri;
- Mengamalkan penjarakan sosial termasuk di dalam kenderaan;
- Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer ketika pergi dan pulang dari masjid/rumah ibadat;
- Amalan bersalam-salaman selepas solat secara berjemaah/aktiviti keagamaan boleh ditangguhkan/dielakkan untuk sementara waktu; dan
- Hanya penghuni berumur 70 tahun ke bawah dibenarkan.
Walau bagaimanapun, pelaksanaan Solat Jumaat tertakluk kepada kebenaran dan panduan daripada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
- Adakah aktiviti keagamaan di surau termasuk solat berjemaah dibolehkan?
- Sekiranya aktiviti keagamaan di surau atau rumah ibadat lain diberi kebenaran, apakah tindakan yang perlu dilakukan?
- Membersihkan permaidani, pintu dan selusur (railing) dengan menggunakan bahan pencuci dan bahan penyahjangkit (disinfectant); dan
- Menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di setiap pintu masuk surau.
Bagi penghuni bukan Islam, aktiviti keagamaan/kerohanian di luar institusi dan rumah ibadat tidak dibenarkan. Aktiviti hendaklah dijalankan dalam institusi. dengan kehadiran paderi/sami jemputan sahaja dengan syarat-syarat berikut:
- Paderi/Sami mematuhi jawapan Soalan 2 di atas;
- Penghuni bebas gejala COVID-19;
- Penghuni yang berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan hadir;
- Kebenaran ini juga hanya untuk 1 hari sahaja dalam seminggu bagi hari-hari keutamaan keagamaan masing-masing;
- Penglibatan dalam kumpulan kecil dan terhad tidak melebihi 5 orang penghuni setiap kali aktiviti; dan
- Saringan suhu badan sebelum dan selepas serta pemakaian topeng muka (face mask) mesti dipatuhi setiap masa.
- Sekiranya berlaku kematian di institusi (bukan pesakit COVID-19), adakah solat jenazah dan tahlil dibenarkan?
Panduan pengurusan jenazah dan penganjuran majlis tahlil atau seumpamanya selepas PKPB tertakluk kepada kebenaran dan panduan daripada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.
Manakala bagi jenazah yang meninggal dunia sebab berkaitan dengan COVID-19 hendaklah diuruskan dan diserahkan kepada hospital berdekatan.
- Apakah tindakan yang perlu diambil jika ada berlaku jangkitan COVID-19 di dalam institusi?
- Memaklumkan segera kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat;
- Mengasingkan penghuni yang dijangkiti ke bilik pengasingan;
- Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah; dan
- Menyediakan laporan awal dan memaklumkan dengan segera kepada Ibu Pejabat JKM;
- Memastikan kakitangan lain yang ada kaitan atau kontak dengan kakitangan bergejala berkenaan dikenal pasti dan dipantau serta menunggu arahan lanjut daripada pihak KKM;
- Melaksanakan nyahkuman /disfeksi dengan serta merta di seluruh institusi; dan
- Sekiranya terdapat kakitangan yang berada di bawah pemerhatian KKM (person under investigation) atau di bawah perintah pemerhatian di rumah, pekerja terbabit tidak dibenarkan datang bekerja dan perlu menjalani tempoh pengasingan yang ditetapkan oleh KKM.
- Sampai bila Institusi perlu mengambil langkah/amalan pencegahan COVID-19?
Institusi perlu terus mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang masa dan terus membiasakan dengan amalan norma baharu' atau 'new normal’ selaras dengan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Tarikh Kemaskini : 01/12/2023