Program Pembangunan Komuniti Di Projek Perumahan Rakyat (PPR) @ Kawasan Berisiko Tinggi

PROGRAM PEMBANGUNAN KOMUNITI DI PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) @ KAWASAN BERISIKO TINGGI
PENGENALAN
  • Program ini bertujuan membantu JKM dalam usaha membangunkan komuniti di PPR atau Kawasan Berisiko Tinggi. Program ini juga adalah satu mekanisme yang diwujudkan di peringkat komuniti bagi membolehkan masyarakat di peringkat akar umbi memperolehi maklumat berkaitan dengan perkhidmatan JKM dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan dengan cepat.
  • Dua orang Pekerja Pembangunan Komuniti (PPK) dilantik sebagai Pekerja Sambilan Harian (PSH) dengan gred jawatan S27 dan S17 dan ditempatkan di setiap PPR. 
  • Sehingga kini, terdapat 5 lokasi di mana Program Pembangunan Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR)  atau Kawasan Berisiko Tinggi seperti berikut:
  1. PPR Seri Pahang, Lembah Pantai, Kuala Lumpur;
  2. PPR Seri Pantai, Lembah Pantai, Kuala Lumpur;
  3. PPR Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya, Selangor;
  4. PPR Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor, dan
  5. PPR Desa Rejang, Setiawangsa, Kuala Lumpur.
 
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEKERJA PEMBANGUNAN KOMUNITI
 
Peranan dan tanggungjawab PPK seperti berikut:
  1. Mengatur perjumpaan dan perbincangan dengan Wakil Penduduk/Pemimpin Persatuan/NGO dalam komuniti;
  2. Mewujudkan rappo antara Wakil Penduduk/Pemimpin Persatuan/NGO dalam komuniti;
  3. Memperkenalkan program melalui sesi dialog/taklimat/edaran brosur/Program Bersama Pelanggan/Program UKP;
  4. Menyediakan Profail Komuniti;
  5. Mengenalpasti masalah, keperluan komuniti setempat dan rangka tindakan untuk mengatasi masalah tersebut melalui kerjasama Jawatankuasa Penduduk dan Komuniti;
  6. Sebagai penggerak untuk melaksanakan program pembangunan komuniti sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti hidup komuniti setempat merangkumi program Pemulihan, Perlindungan, Pencegahan, Pencelahan dan Pembangunan;
  7. Melaksanakan, memantau dan menilai program;
  8. Sebagai tempat rujukan komuniti dan orang perantara untuk mendapatkan perkhidmatan JKM dan maklumat perkhidmatan yang disediakan oleh agensi lain dan NGO;
  9. Menjalankan siasatan permohonan bantuan kewangan bulanana;
  10. Mentadbir urus, menyimpan dan mengemaskini Buku Rekod;
  11. Menyediakan input bagi Laporan Statistik Kes Yang Dilayan Mengikuti Bulan dan Laporan Pelaksanaan Program dan Aktiviti PPR;
  12. Menyemak status kes yang dirujuk sekurang-kurangnya satu (1) kali seminggu dan
  13. Melaporkan kepada PKMD.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Pemerkasaan Komuniti
Tarikh Kemaskini : 05/10/2024