Komuniti

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Program CSR merupakan satu manifestasi atau terjemahan komitmen tanggungjawab sosial sesebuah organisasi terhadap masyarakat
. Komitmen CSR diusahakan khusus bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak, terutamanya pekerja dan keluarga dalam sesebuah organisasi, komuniti mahupun manfaat terhadap persekitaran.
 
Tujuan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
 
Program CSR bertujuan menggalakkan supaya semua syarikat mempraktikkan perkongsian tanggungjawab sosial dengan mengutamakan kepentingan masyarakat dalam strategi perniagaan mereka. Objektif CSR adalah seperti berikut:
  1. Membudayakan konsep Kebajikan Tanggungjawab Bersama di kalangan sektor korporat
  2. Menggalakkan sektor korporat untuk terus melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan pembangunan sosial negara
  3. Menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat
  4. Memupuk budaya “Komuniti untuk Komuniti” melalui social empowerment.
 
CSR adalah program kerjasama strategik antara JKM dan sektor korporat untuk membantu Jabatan dalam pelaksanaan program kepada kumpulan sasar selaras dengan konsep “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”.
Program CSR merupakan satu manifestasi atau terjemahan komitmen tanggungjawab sosial sesebuah organisasi terhadap masyarakat. Komitmen CSR diusahakan khusus bagi meningkatkan ekonomi dan kualiti hidup semua pihak, terutamanya pekerja dan keluarga dalam sesebuah organisasi, komuniti mahupun manfaat terhadap persekitaran.
 
Tujuan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
 
Program CSR bertujuan menggalakkan supaya semua syarikat mempraktikkan perkongsian tanggungjawab sosial dengan mengutamakan kepentingan masyarakat dalam strategi perniagaan mereka. Objektif CSR adalah seperti berikut:
  1. Membudayakan konsep Kebajikan Tanggungjawab Bersama di kalangan sektor korporat
  2. Menggalakkan sektor korporat untuk terus melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan pembangunan sosial negara
  3. Menyemarakkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat
  4. Memupuk budaya “Komuniti untuk Komuniti” melalui social empowerment.
 
CSR adalah program kerjasama strategik antara JKM dan sektor korporat untuk membantu Jabatan dalam pelaksanaan program kepada kumpulan sasar selaras dengan konsep “Kebajikan Tanggungjawab Bersama”.

URL Laman Web Sistem My Corporate Care
http://mycorporatecarejkm.jkm.gov.my/

Tarikh Kemaskini : 06/12/2021