Penubuhan TASKA
Bagaimanakah proses pendaftaran TASKA?
Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi.
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
STANDARD MINIMUM JKM
Standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
Seseorang yang ingin memohon pendaftaran TASKA boleh mengambil langkah-langkah berikut:
Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi.
SYARAT-SYARAT PENDAFTARAN
- Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS).
- Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- TASKA memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh agensi teknikal seperti berikut:
- Pihak Berkuasa Tempatan
- Jabatan Bomba dan Penyelamat
- Jabatan Kesihatan
- Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
STANDARD MINIMUM JKM
Standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak hendaklah mencukupi seperti Jadual berikut;
-
Umur (tahun) Kanak-kanak
normalKanak-kanak
berkeperluan khas0 – 1 1 : 3 2:3 1 – 3 1 : 5 2:5 3 – 4 1 : 10 3 : 10 - Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas;
- Pengusaha hendaklah hadir dan lulus Kursus Asas asuhan Kanak-kanak (KAAK)/ Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA (KAP) yang diiktiraf oleh JKM;
- Pengasuh hendaklah hadir dan lulus KAAK/KAP atau lulus KAP dalam tempoh 12 bulan bekerja;
- Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu
- 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak bagi TASKA di Rumah; atau
- 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak bagi TASKA Institusi; TASKA Tempat di Kerja dan TASKA Komuniti.
- Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak;
- TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak;
- Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA;
- Menjaga kebersihan dan keselamatan dalam dan luar premis TASKA;
- Memasang CCTV di TASKA;
- Apa-apa syarat lain yang difikirkan patut dan sesuai oleh Ketua Pengarah atau Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri.
PROSEDUR PERMOHONAN PENDAFTARAN TASKA
Seseorang yang ingin memohon pendaftaran TASKA boleh mengambil langkah-langkah berikut:
- Konsultasi dan permohonan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana TASKA tersebut akan ditubuhkan;
- Permohonan pendaftaran yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja;
- Bayaran fi pendaftaran dikenakan;
- RM50.00 bagi TASKA Di Rumah atau
- RM250.00 bagi TASKA Institusi; TASKA di Tempat Kerja dan TASKA Komuniti.
- Kelulusan Sijil Perakuan Pendaftaran TASKA akan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri (PKMN) yang berkenaan. Sebarang pembetulan terhadap sijil tersebut hendaklah dikemukakan dalam tempoh 14 hari;
- Tempoh sah pendaftaran adalah selama 60 bulan (5 tahun); dan
- Senarai TASKA berdaftar boleh disemak di laman web www.jkm.gov.my.
Tarikh Kemaskini : 01/12/2023