PAnduan Pendaftaran Pusat Jagaan
PENGENALAN
1. Seksyen 4 Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506] memperuntukan setiap pusat jagaan hendaklah didaftarkan. Untuk tujuan itu, permohonan pendaftaran pusat jagaan hendaklah dibuat mengikut kehendak di bawah Akta 506 dan dengan cara yang ditentukan dalam Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994.
2. Tiada seorang pun atau mana-mana pihak boleh mengendalikan atau mengambil bahagian dalam pengurusan sesuatu pusat jagaan yang tidak didaftarkan sebagaimana peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta 506. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 5(1), telah melakukan suatu kesalahan.
3. Permohonan untuk mendaftarkan sesuatu pusat jagaan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan melalui mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) tempat pusat jagaan itu beroperasi. Panduan ini disediakan untuk membantu memberi kefahaman mengenai perkara-perkara berkaitan dengan keperluan dan prosedur pendaftaran pusat jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 [Akta 506].
Panduan Permohonan Pendaftaran Pusat Jagaan
Borang Permohonan Pusat Jagaan

Tarikh Kemaskini : 01/12/2023