Komuniti

Program Kembara Prihatin Negara (KPN)

PROGRAM KEMBARA PRIHATIN NEGARA (KPN)
KEMBARA PRIHATIN NEGARA merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang menyedari akan keperluan untuk agensi dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyantuni rakyat yang terkesan susulan daripada pendemik COVID 19.

1. RASIONAL  

  1.1 Program ini berbentuk pendampingan sosial atau social outreach untuk mendekatkan agensi kerajaan dan pemimpin kepada golongan yang terkesan susulan daripada pendemik COVID 19 khususnya mereka yang terpinggir, daif, miskin dan yang sukar mendapat bantuan. Program ini memberikan tumpuan kepada semua lapisan masyarakat sama ada di bandar atau kawasan luar bandar di seluruh negara.
 
  1.2 Program ini sebagai usaha ke arah kesejahteraan masyarakat melalui pemantapan sistem penyampaian perkhidmatan agar sentiasa peka kepada ekspektasi dan kehendak masyarakat yang memerlukan perkhidmatan yang lebih cekap, cepat dan berkesan. Seterusnya untuk mencapai hasrat perluasan dan peningkatan jentera penyampaian perkhidmatan sedia ada kepada masyarakat khususnya kumpulan sasar sehingga ke peringkat akar umbi terutama di kawasan luar bandar tanpa mengambil kira di mana mereka berada.
 
  1.3 Senario semasa juga memperlihatkan keprihatinan kerajaan kepada permasalahan dan kesukaran yang dialami individu, keluarga dan komuniti yang dianggap terpinggir daripada arus pembangunan dan tidak mendapat pertolongan atau bantuan yang sewajarnya.
 
  1.4   ‘Kebajikan  Tanggungjawab  Bersama”  amat  ditekankan dengan mengoptimumkan sumber sedia ada antara agensi. Kerajaan, badan korporat dan komuniti secara kolaborasi strategik melalui pelaksanaan program ini.

2.OBJEKTIF KEMBARA PRIHATIN NEGARA
 
  2.1 Turun padang membantu dan menyantuni rakyat yang terkesan serta terjejas dan memerlukan susulan daripada pendemik COVID 19;
 
  2.2 Menyebar luas perkhidmatan dan inisiatif yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan dalam memenuhi keperluan dan ekspektasi rakyat;
 
  2.3 Meningkatkan kolaborasi strategik bersama sektor korporat dengan penglibatan bersama masyarakat setempat; dan
 
  2.4 Pengumpulan data rakyat yang memerlukan bantuan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

3. TEMA  

  3.1          Tema  program  Kembara  Prihatin  Rakyat  adalah  ”Tautan Sepakat Membantu Rakyat”.
 
  3.2           Maksud tema ini adalah seperti berikut:
 
                 3.2.1 Kerjasama antara agensi Kerajaan/ Korporat/NGO/ Sukarelawan;
  
                 3.2.2 Solidariti Pemegang Taruh untuk membantu rakyat; dan
 
                 3.2.3 Rakyat mendapat manfaat daripada bantuan yang dihulurkan.
 
 

4. KONSEP PROGRAM KEMBARA PRIHATIN NEGARA  

  4.1 Program ini adalah melibatkan pergerakan Pasukan Kembara Prihatin Negara (PKPN) menerusi Unit Khidmat Penyayang (UKP) dan kenderaan yang bersesuaian bersama sektor korporat atau agensi kerajaan dari satu check point ke check point yang dikenalpasti sebagai lokasi tumpuan seperti berikut:
  1. Pasar Pagi / Pasar Tani / Pasar Malam;
  2. Kompleks Niaga;
  3. Tempat Ibadah;
  4. Kompleks Pengangkutan Awam;
  5. Pusat Komuniti Setempat;
  6. Projek Perumahan Awam; dan
  7. Projek Perumahan Rakyat.
  4.2 Pasukan ini akan berhenti sekitar 2 jam di setiap check point. Pasukan Kembara Prihatin Negara akan menyalurkan perkhidmatan dan menyampaikan maklumat Jabatan serta       
        menyampaikan perkhidmatan dan sumbangan oleh pihak sektor korporat kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan di setiap check point.
 
  4.3          Semasa berada di tempat yang dikenalpasti aktivit yang dijalankan adalah seperti berikut:
  1. Kaunter Perkhidmatan;
  2. Kaunter Aduan Pelanggan;
  3. Agihan Bakul Makanan (beras, minyak, tepung dan gula);
  4. Menyantuni Kes-kes Kebajikan;
  5. Perkhidmatan agensi-agensi KPWKM iaitu:
  • Ziarah Prihatin
  • Pembangunan Keluarga
  • Pemerkasaan Wanita
  • Kajian Kapasiti
5. PENUBUHAN JAWATANKUASA  

  5.1 Pelaksanaan program ini melibatkan pergerakan setiap minggu di 108 daerah di seluruh negara yang akan melibatkan agensi-agensi KPWKM, agensi Kerajaan lain, sektor korporat dan
        pemimpin tempatan.

  5.2 Program akan digerakkan oleh dua (2) pasukan yang seperti berikut:

                 5.2.1 Jawatankuasa Induk KEMBARA PRIHATIN NEGARA
  1. Pasukan ini bergerak di bawah nasihat Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat dan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan diurusetiakan oleh Pengarah Bahagian Komuniti; dan
  2. Pasukan ini berperanan untuk merancang dan menentukan hala tuju serta pelaksanaan inisiatif KEMBARA PRIHATIN NEGARA dan mengkaji kesesuaian juga memantau keberkesanan pelaksanaan KEMBARA PRIHATIN NEGARA di seluruh negara.
 
                  5.2.2 Pasukan Pelaksana KEMBARA PRIHATIN NEGARA (Peringkat Negeri)
 
         i. Pasukan ini dipengerusikan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri/Wilayah Persekutuan dan diurusetiakan oleh Ketua Bahagian Komuniti JKMN/WP dan dianggotai oleh semua
            Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajajah/Bahagian; dan
         ii. Pasukan ini berperanan untuk melaksanakan dan melaporkan aktiviti KEMBARA PRIHATIN NEGARA di peringkat negeri.  

  5.3 Tatacara Pelaksanaan
 
                   5.3.1 KEMBARA PRIHATIN NEGARA digerakkan dengan menggunakan kenderaan sedia ada untuk program di peringkat Negeri, Daerah, Jajahan dan Bahagian.
 
                   5.3.2 Pegawai Penyelaras Komuniti Negeri/Wilayah Persekutuan dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajajah/Bahagian akan bertindak seperti berikut:
  1. Menyelaras KEMBARA PRIHATIN NEGARA;
  2. Menyediakan cadangan perkhidmatan;
  3. Menyediakan jadual pelaksanaan (roadmap);
  4. Memastikan setiap aktiviti yang dirancang dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan;
  5. Memantau dan menyelaras pelaksanaan inisiatif KEMBARA PRIHATIN NEGARA di peringkat negeri, daerah, jajahan dan bahagian; dan
  6. Menyedia dan melaporkan status pelaksanaan KEMBARA PRIHATIN NEGARA kepada Pengerusi Pasukan Pelaksana dan Bahagian Komuniti.
 
                    5.3.3 Pasukan Petugas adalah seramai tiga (3) hingga Enam (6) orang mengikut kesesuaian terdiri daripada
  1. Ketua Pasukan
           Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat (Gred S29 ke atas.)
  1. Petugas
  • Pembantu Kebajikan Masyarakat
  • Pemandu
 6. PENUTUP

Pelaksanaan KEMBARA PRIHATIN NEGARA diharapkan akan dapat meningkatkan kesejahteraan masyarakat walau di mana mereka berada. Pendekatan yang digunakan dalam menyalurkan perkhidmatan kebajikan juga lebih sesuai serta menepati kehendak dan keperluan kumpulan sasar. Kesediaan pelbagai agensi kerajaan serta pemimpin tempatan untuk bekerjasama dapat merealisasikan program ini dengan lebih berkesan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Pemerkasaan Komuniti
 

Tarikh Kemaskini : 19/05/2021