Perkhidmatan Respite Care di Rumah Seri Kenangan Cheras

Konsep

Respite Care adalah perkhidmatan alternatif kepada waris / penjaga untuk menempatkan secara sementara Warga Emas dalam jagaannya di institusi bagi suatu tempoh tertentu, disebabkan tuntutan tugas di luar kawasan atau negara, atau apa-apa sebab yang memerlukan Warga Emas ditempatkan di institusi. Perkhidmatan Respite Care merangkumi jagaan dan perlindungan kepada Warga Emas di samping pengurusan dan penyediaan keperluan asas seperti makanan, kesihatan dan tempat tinggal di institusi.

Kriteria Warga Emas dan Waris/ Penjaga

i) Warga Emas
a) Berumur 60 tahun dan ke atas (suami/ isteri, adik-beradik, ibu/ bapa, ibu/ bapa saudara, datuk/ nenek, datuk/ nenek saudara).
b) Berupaya menguruskan diri sendiri
c) Warganegara Malaysia

ii) Waris/ Penjaga

a) Waris kepada Warga Emas (contoh: anak, saudara, cucu, suami/ isteri, adik-beradik) ATAU
b) Penjaga (keluarga angkat, kawan)
c) Warganegara Malaysia.

Tempoh Penempatan
Tempoh penempatan  adalah seperti berikut :
i) Minimum - satu hari( 1 jam -24 jam); atau
ii) Maksimum - 30 hari atau bergantung kepada kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat

Kemudahan
Institusi menyediakan kemudahan dan lain-lain perkhidmatan  kepada  Warga Emas  yang mendapatkan perkhidmatan Respite Care  iaitu:

i) Kediaman
Menyediakan kediaman khusus serta dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan asas.

ii) Perubatan
Menyediakan perkhidmatan perubatan dan rawatan asas di klinik institusi dengan pemantauan Jururawat Masyarakat bagi tujuan pemeriksaan kesihatan rutin dan keperluan ubatan asas. Rawatan pemeriksaan dan perkhidmatan perubatan lanjut daripada klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang berdekatan akan diberikan, jika perlu.

iii) Fisioterapi
Kemudahan perkhidmatan dan alat bantuan fisioterapi yang dikendalikan oleh Jurupulih  Perubatan Anggota dan Jurupulih Carakerja terlatih, jika perlu/ dibenarkan oleh keluarga.

iv) Surau
Mempunyai kemudahan surau yang boleh memuatkan 200 orang jemaah pada satu-satu masa dengan pelbagai aktiviti dan program keagamaan yang dijalankan.

v) Dobi
Perkhidmatan dobi yang diuruskan sepenuhnya oleh kakitangan di institusi.

vi) Bilik Riadah
Kemudahan bilik riadah bagi tujuan sosial dan rekreasi bersama penghuni lain serta pengunjung.

Permohonan Perkhidmatan Respite Care
Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.

Bayaran
Kadar bayaran adalah sebanyak RM 50.00 sehari / semalam bagi seorang
Tarikh Kemaskini : 12/12/2023