Kanak - Kanak
Tatacara Permohonan Anak Pelihara
PERMOHONAN ANAK PELIHARA
Definisi:
Objektif:
Ibubapa Peliharaan
Anak Pelihara
Syarat-syarat Permohonan:
Dokumen Yang Diperlukan:
Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan:
Definisi:
- Anak Pelihara
Kanak-Kanak yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk pemeliharaan, jagaan dan kawalan oleh ibu bapa peliharaan berdasarkan Seksyen 30 (1)(e) Akta Kanak-Kanak 2001.
- Ibu Bapa Pelihara
Seseorang atau mana-mana pasangan yang telah ditawarkan anak pelihara oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat. Bertanggungjawab untuk memelihara, menjaga dan mengawal kanak-kanak yang telah ditawarkan.
- Anak Angkat
Mengikut Seksyen 6(1) Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 9Akta 253), anak angkat bermaksud: Telah dalam jagaan dan dipelihara serta dididik oleh seseorang atau pasangan sebagai anaknya yang berterusan atau anakmereka secara anak angkat de facto selama 2 tahun sebelum tarikh permohonan.
Objektif:
Ibubapa Peliharaan
- Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
- Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara
Anak Pelihara
- Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
- Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
- Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna
Syarat-syarat Permohonan:
- Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
- Berusia 25 hingga 60 tahun.
- Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas)
- Bagi Perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga dipertimbangkan permohonannya.
- Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
- Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah melebihi 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
- Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
- Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
- Bebas dari rekod jenayah.
- Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
- Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.
Dokumen Yang Diperlukan:
- Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
- Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri).
- Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
- Salinan sijil nikah/ sijil pendaftaran perkahwinan.
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
- Lain-lain dokumen sokongan, contah : Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.
Perkara-Perkara Yang Perlu Dilakukan:
- Sediakan dokumen yang diperlukan.
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Sistem Permohonan Anak Pelihara atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin atau tinggal
Tarikh Kemaskini : 17/05/2022