SOALAN LAZIM
- PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 18 JANUARI 2021
- Pengendalian Warga Emas di Institusi Bagi Mencegah Penularan Wabak Coronavirus (COVID-19)
- Pengoperasian Institusi Warga Emas Pasca PKP/B Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak
- Perkhidmatan Bantuan Kewangan
- Penubuhan TASKA
- Sukarelawan
- Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) & Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Syarikat
- Kemasukan Kanak-kanak Tidak Terkawal ke Institusi JKMM
- Perkhidmatan Pemulihan Akhlak
- Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
- Kemasukan ke Rumah Seri Kenangan
- Kemasukan ke Rumah Ehsan
- Kemasukan ke Desa Bina Diri
- Kes Keganasan Rumah Tangga
- Kes Penderaan Kanak-kanak
- Perkhidmatan Anak Pelihara
- Perkhidmatan Kaunseling
- Perkhidmatan Berkaitan Kanak-Kanak dan keluarga
- Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat
- Tindakan Penguatkuasaan TASKA dan Pusat Jagaan
- Operasi Menyelamat Pengemis
- Menjalankan kajian di JKM
PERKHIDMATAN BERKAITAN KANAK-KANAK DAN KELUARGA
Apakah yang perlu dilakukan oleh orang awam yang menjumpai bayi yang terdampar?- Mereka hendaklah menghubungi pihak polis atau menghantar bayi tersebut ke hospital
- Rujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
Apakah kriteria-kriteria yang diperlukan oleh seseorang yang ingin memohon anak angkat?
- Warganegara Malaysia.
- Mempunyai pendapatan yang tetap.
- Tidak mempunyai penyakit yang memudaratkan.
- Keutamaan kepada pemohon yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak.
Apakah bentuk keganasan yang membolehkan seseorang mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994?
Mangsa yang menghadapi kecederaan fizikal ataupun yang merasakan dirinya ketakutan.
Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat kes pengabaian atau penderaan terhadap kanak-kanak?
- Menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
- Menghubungi polis.
- Memaklumkan kepada Ketua Penduduk Setempat.
Dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang klien boleh memohon Perintah Perlindungan (PO)?
Mangsa boleh memohon perintah tersebut di mahkamah semasa prosiding jenayah dibuat ke atas pendera dan telah dipertuduhkan mengikut kesalahan yang ditakrifkan dalam “Keganasan rumahtangga”.
Tarikh Kemaskini : 09/08/2016