Top banner 1

PERKHIDMATAN

SEKOLAH TUNAS BAKTI

PENGENALAN
Sekolah Tunas Bakti adalah institusi Sekolah Diluluskan bagi pendidikan, latihan dan penahanan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 (sekolah diluluskan) Akta Kanak-Kanak 2001
 
OBJEKTIF
  1. Memberi pemulihan kepada kanak-kanak yang terlibat dengan jenayah
  2. Mendidik kanak-kanak membina sikap positif, membentuk peribadi yang kukuh dan melengkapkan diri dengan ketrampilan bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam masyarakat
 
KATEGORI KANAK-KANAK
  • Berusia sepuluh tahun ke atas,
  • Didapati bersalah atas apa-apa kesalahan,
  • Memerlukan pemulihan keinstitusian, dan
  • Kesalahan yang dilakukan tidak daripada jenis yang serius tetapi suai manfaat ditahan selama apa-apa tempoh dan diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlak.

KEMASUKAN
Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 91(1)(f) (dihantar ke sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney)  AKK 2001

 
TEMPOH PEMULIHAN
Selama tiga tahun tetapi boleh dibebaskan sebelum tamat tempoh dengan kelulusan Kuasa Menteri atau Lembaga Pelawat.
Tarikh Kemaskini : 02/03/2021