Info Bahagian

Pengenalan:

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat pengstrukturan semula Jabatan pada tahun 2014. Tujuan pengstrukturan ini adalah untuk memantapkan kualiti perkhidmatan seterusnya meningkatkan kecekapan penyampaian kepada kumpulan sasar Jabatan.
Seiring dengan pengstrukturan JKM, Bahagian Perundangan dan Advokasi telah diperkukuhkan dengan mewujudkan Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (Bahagian PU).


Objektif :
Untuk menentukan segala urusan pekhidmatan berkaitan perundangan dikendalikan mengikut peruntukan,amalan dan kehendak Akta, Peraturan-Peraturandan Kaedah-Kaedah yang ditetapkan.


Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (Bahagian PU) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan elemen penguatkuasaan di bawah  akta-akta berikut:
i.  Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan) 2016
ii.  Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012)
iii. Akta Pusat Jagaan 1993 (Pindaan 2007)
iv. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Pindaan 2007)
v.  Akta Orang Papa 1977
 

Bahagian PU terbahagi kepada empat cawangan utama iaitu:
i.  Cawangan Pematuhan
ii. Cawangan Pemeriksaan
iii. Cawangan Siasatan
iv. Cawangan Pendakwaan
 
Tarikh Kemaskini : 05/06/2018