Mengenai BPM

PENGENALAN
Bahagian Pengurusan Maklumat (PM) adalah salah satu bahagian dibawah Pengurusan Strategik, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan ICT kepada warga JKM merangkumi Ibu Pejabat JKM, JKM Negeri (JKMN), Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dan Institusi dibawah seliaan JKM dan bertanggungjawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di JKM.

OBJEKTIF 
i.   Mempertingkatkan Kecekapan Pengurusan ICT Bagi Menyokong Keperluan Strategik JKM Dan Membudayakan ICT Kepada Warganya.
ii.  
Memastikan Program ICT JKM Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan Selaras Dengan Kehendak Stakeholders.
iii. 
Menyediakan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Kepada Orang Awam Melalui Portal JKM Secara Meluas.
iv. 
Menyedia Dan Mengurus Kemudahan Infrastruktur Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Yang Berkesan.  

SISTEM TERAS JABATAN
i.   eBantuan - Pengurusan maklumat penerima bantuan JKM. 
ii.  
SMOKU -  Pengurusan maklumat OKU dan perkhidmatan penyediaan Kad OKU. 
iii.  
MyResearch - Pengurusan permohonan dan kelulusan pelajar dan ahli akademik bagi menjalankan kajian sosial di Institusi JKM. 
iv. 
eZi2Care - Pengurusan pendaftaran Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP) yang dilaksanakan oleh agensi yang diiktiraf oleh JKM.
v.  
Anak Pelihara - Pengurusan Permohonan Anak Pelihara.
vi. 
InfoBanjir - Pengurusan Maklumat Mangsa dan Pusat Penempatan Banjir.
vii. 
InfoJKM - Aplikasi mobile untuk mendapatkan maklumat mengenai Pusat Jagaan dan status Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK)
Tarikh Kemaskini : 02/04/2019