SOALAN LAZIM
- PAKEJ BANTUAN PERLINDUNGAN EKONOMI & RAKYAT MALAYSIA (PERMAI) OLEH YAB PERDANA MENTERI PADA 18 JANUARI 2021
- Pengendalian Warga Emas di Institusi Bagi Mencegah Penularan Wabak Coronavirus (COVID-19)
- Pengoperasian Institusi Warga Emas Pasca PKP/B Jabatan Kebajikan Masyarakat
- Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak
- Perkhidmatan Bantuan Kewangan
- Penubuhan TASKA
- Sukarelawan
- Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) & Badan Bukan Kerajaan (NGO)
- Syarikat
- Kemasukan Kanak-kanak Tidak Terkawal ke Institusi JKMM
- Perkhidmatan Pemulihan Akhlak
- Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
- Kemasukan ke Rumah Seri Kenangan
- Kemasukan ke Rumah Ehsan
- Kemasukan ke Desa Bina Diri
- Kes Keganasan Rumah Tangga
- Kes Penderaan Kanak-kanak
- Perkhidmatan Anak Pelihara
- Perkhidmatan Kaunseling
- Perkhidmatan Berkaitan Kanak-Kanak dan keluarga
- Perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat
- Tindakan Penguatkuasaan TASKA dan Pusat Jagaan
- Operasi Menyelamat Pengemis
- Menjalankan kajian di JKM
KEMASUKAN KANAK-KANAK TIDAK TERKAWAL KE INSTITUSI JKMM
Bagaimanakah caranya untuk memasukkan kanak-kanak tidak terkawal (beyond parental control) atau nakal ke Institusi Pemulihan JKM?Ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak, boleh membuat permohonan bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak dengan menyatakan mohon bantuan pemulihan terhadap tingkah laku yang sering dilakukan oleh anak yang tidak terkawal. Tingkah laku itu mungkin mendorong kepada bahaya jenayah atau mendorong kepada bahaya moral. Berdasarkan surat permohonan itu mahkamah akan mengarahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat / Pegawai Akhlak menyiasat keadaan sebenar dengan menyediakan satu Laporan Akhlak. Mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk bersidang dengan kehadiran pemohon, anak yang tidak terkawal dan Pegawai Akhlak. Mahkamah boleh membuat keputusan samada:
Memerintahkan kanak-kanak diletak dalam Pengawasan Pegawai Akhlak dalam tempoh tertentu. Satu hingga tiga tahun. Boleh juga mengenakan syarat tinggal di Asrama Akhlak tidak lebih satu tahun. Selepas tinggal di asrama kanak-kanak akan diawasi selama tempoh baki Perintah Pengawasan yang ada. Jika kanak-kanak masih mengulangi tingkah laku negatif, boleh dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.
Menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Tunas Bakti selama 3 tahun. Selepas keluar dari institusi pulang ke pangkuan keluarga, kanak-kanak masih diselia oleh Pegawai Akhlak selama satu tahun. Jika melanggar syarat yang ditetapkan boleh dikembalikan semula ke institusi.
Tarikh Kemaskini : 03/08/2016