Bantuan Bulanan Persekutuan

  • Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    BANTUAN KANAK-KANAK (BKK)

    KADAR
    Minimum sebanyak RM200.00 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1,000.00 sebulan mengikut pecahan berikut: 
    1. RM250.00 seorang bagi anak berumur 6 tahun dan ke bawah.
    2. RM200.00 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga di bawah 18 tahun.

    TUJUAN
    1. Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
    2. Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/ buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak.

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
    2. Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada anak/ kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun.
    3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
    4. Keluarga/ penjaga dan anak/ kanak-kanak yang tinggal menumpang bersama ibu/ bapa mereka/ penjaga/ saudara-mara/ lain-lain layak dipertimbangkan sekiranya pendapatan bulanan pemohon tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
    5. Anak/ kanak-kanak tiada penjaga yang layak, kerana ibu/ bapa bukan warganegara/ diisytiharkan bankrap atau muflis/ ibu/ bapa OKU Mental, bantuan boleh diluluskan atas nama kanak-kanak berkenaan;
    6. Anak/ kanak-kanak yang menerima Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK)/ Elaun Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan apa-apa bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK; 
    7. Anak/ kanak-kanak yang berumur 16 tahun ke atas yang telah bekerja sepenuh masa dan tidak bersekolah tidak layak menerima BKK.

    NOTA:
    1. Pengiraan umur kanak-kanak adalah berasaskan tahun kelahiran. 
    2. Perubahan kadar BKK akan berlaku semasa proses kaji semula.

    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. Salinan MyKad pemohon;
    2. Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
    3. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
    4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
    5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
    6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
    7. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini;
    8. Bagi Kanak-Kanak berumur 12 tahun ke bawah:
      • Bagi kes warganegara, akaun bersama ibu/ bapa/ penjaga;
      • Bagi kes ibu/ bapa/ penjaga bukan warganegara, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga warganegara.
      • Bagi ibu/ bapa/ penjaga muflis/ OKU Mental, akaun bersama dengan salah seorang ibu/ bapa/ penjaga yang tidak muflis/ OKU Mental; dan
    9. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
    10. Tarikh Kemaskini :23/06/2025

  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU)
    ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

    KADAR
    RM450.00 sebulan seorang

    TUJUAN 
    Elaun ini diberikan sebagai insentif kepada pekerja OKU agar terus bekerja, mampu berdikari dan produktif

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
    1. Warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
    2. Berumur 16 tahun ke atas dan bukan penuntut di mana-mana institusi pendidikan;
    3. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    4. Pendapatan bulanan minimum RM100.00 sehingga RM1,700.00 (gaji pokok, elaun, kerja lebih masa, pendapatan dari sewa rumah, pencen, zakat, sumbangan dan lain-lain sumber).

    NOTA:
    Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.

    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. Salinan MyKad pemohon;
    2. Salinan kad OKU/ slip pendaftaran sementara kad OKU;
    3. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
    4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
    5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
    6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat); 
    7. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
    8. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

    Tarikh Kemaskini :23/06/2025

  • Bantuan Orang Kurang Upaya (BTB)
    BANTUAN ORANG KURANG UPAYA TIDAK BERUPAYA BEKERJA (BTB)

    KADAR
    RM300.00 sebulan seorang

    TUJUAN
    1. Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
    2. Menggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia.
    2. Berumur 16 tahun sehingga 59 tahun;
    3. Pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM;
    4. Tidak berupaya bekerja berdasarkan faktor-faktor berikut:
      • Kefungsian yang terhad dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria dalam melakukan sesuatu pekerjaan; atau
      • Persekitaran yang menghalang pemohon untuk akses kepada pekerjaan;
    5. Pemohon bukan penghuni / pelatih institusi kendalian JKM; atau Pusat Jagaan Harian / Berkediaman (yang menerima Geran Rangsum); dan menyediakan perkhidmatan / kemudahan secara percuma atau Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK);
    6. Pengesahan ketidakupayaan pemohon untuk bekerja perlu diperolehi daripada Pakar / Pegawai Perubatan / Pengesahan Pakar Psikiatri Kerajaan/ Swasta yang berdaftar bagi kes OKU Mental; atau dalam keadaan tertentu memadai dengan pengesahan Pegawai JKM dan direkodkan dalam laporan siasatan; (Contoh pengesahan kategori OKU Fizikal ketara seperti kudung dan lain-lain yang bersesuaian);
    7. Pendapatan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa.

    NOTA:
    1. Pendapatan merujuk kepada pendapatan dari hasil sewaan, pencen, zakat, sumbangan keluarga, PERKESO, sumbangan dan lain-lain sumber.
    2. Umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.
    3. Bagi penerima BTB sedia ada yang berumur 60 tahun dan ke atas (kes yang didaftarkan tahun 2024 dan sebelumnya), DIKECUALIKAN mematuhi syarat umur yang ditetapkan dalam garis panduan ini.


    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    1. Salinan MyKad pemohon;
    2. Salinan kad OKU/slip pendaftaran sementara Kad OKU;
    3. Surat/memo pengesahan ketidakupayaan dari Pakar/ Pegawai Perubatan Kerajaan/ Swasta yang berdaftar/ Laporan siasatan Pegawai JKM yang menunjukkan pemohon tidak berupaya bekerja;
    4. Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
    5. Surat pengesahan pendapatan (pencen/ PERKESO/ bantuan Baitulmal dan lain-lain); atau
    6. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
    7. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
    8. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan 
    9. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan ( jika perlu).


    Tarikh Kemaskini :16/06/2025

  • Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar Dan Pesakit        Kronik Tidak Terlantar (BPT)
    BANTUAN PENJAGAAN ORANG KURANG UPAYA TERLANTAR / PESAKIT KRONIK TERLANTAR DAN PESAKIT KRONIK TIDAK TERLANTAR (BPT)

    KADAR
    RM500.00 sebulan bagi seorang pesakit terlantar/ OKU terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar.

    TUJUAN
    1. Meringankan bebanan keluarga/ penjaga/ pesakit.
    2. Mengekalkan pesakit terlantar/ OKU terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar hidup dalam keluarga dan masyarakat.
    3. Menggalakkan keluarga/ penjaga untuk terus menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar.
    4. Mengelakkan OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar ditempatkan ke Institusi Jagaan di bawah JKM. 

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
    2. Pemohon adalah penjaga yang memberikan penjagaan rapi kepada OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar; atau
    3. Pesakit kronik tidak terlantar yang memerlukan rawatan berterusan [tempoh minimum sekurang-kurangnya tiga (3) bulan] layak dipertimbangkan atas nama pesakit sendiri; atau
    4. Sekiranya OKU terlantar/ Pesakit kronik terlantar tidak mempunyai penjaga atau yang penjaganya bukan warganegara Malaysia, bantuan boleh diberikan ke atas nama pesakit sendiri; dan
    5. Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM5,000.00 sebulan.


    NOTA:

    Seorang penjaga boleh menjaga lebih dari seorang OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar. Kadar bantuan adalah bergantung kepada bilangan OKU terlantar/ pesakit kronik terlantar/ pesakit kronik tidak terlantar yang dijaga oleh seorang penjaga. 


    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    1. Salinan MyKad pemohon;
    2. Salinan MyKad/ MyKid OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar/ Pesakit Kronik Tidak Terlantar;
    3. Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
    4. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau 
    5. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; atau
    6. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
    7. Laporan siasatan pegawai JKM menunjukkan yang dijaga adalah terdiri dari OKU terlantar/ pesakit terlantar;
    8. Pengesahan rawatan dari Pakar/ Pegawai Perubatan Kerajaan/ Swasta yang berdaftar (tempoh minimum rawatan secara berterusan tidak kurang 3 bulan bagi pesakit kronik tidak terlantar) menggunakan Borang Pengesahan Perubatan di Lampiran 5 atau lain-lain bentuk pengesahan yang bersesuaian. Tempoh sah laku bagi Surat Pengesahan tidak melebihi dua (2) tahun;
    9. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
    10. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
    11. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).

      Tarikh Kemaskini :16/06/2025
  • Bantuan Warga Emas (BWE)
    BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

    KADAR
    RM600.00 sebulan seorang

    TUJUAN
    Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
    2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
    3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
    4. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
    5. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.

    NOTA:
    Pengiraan umur warga emas adalah berasaskan tahun kelahiran. 

    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. Salinan MyKad pemohon;
    2. Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
    3. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
    4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; ATAU
    5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
    6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
    7. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
    8. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
    9. Tarikh Kemaskini :23/06/2025

  • Bantuan Persekutuan (BA)
    BANTUAN PERSEKUTUAN (BA)

    KADAR
    Minimum RM150.00 sehingga maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga.

    TUJUAN
    Bantuan ini diberikan kepada individu/ keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
    2. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa;
    3. Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain;
    4. Faktor-faktor lain yang difikirkan sesuai dengan mengambil kira keadaan ekonomi, kesihatan dan tanggungan pemohon.

    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. Salinan MyKad pemohon;
    2. Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
    3. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau 
    4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; ATAU
    5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
    6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat); 
    7. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
    8. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
    9. Tarikh Kemaskini :23/06/2025

  • Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    BANTUAN Anak Pelihara (BAP)

    KADAR
    RM250.00 sebulan seorang kanak-kanak. Maksimum RM500.00 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

    TUJUAN
    1. Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/ yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.
    2. Meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.
    3. Menggalakkan masyarakat untuk tampil mengambil kanak-kanak yang kurang bernasib baik atau yatim/ yatim piatu atau tidak mempunyai saudara mara sebagai anak pelihara.


    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
    2. Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada kanak-kanak seperti berikut:
      1. Kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun;
      2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
      3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] atau Ordinan Pengangkatan Sabah 1960 atau Native Adoption Regulations 1961 atau Enakmen Pengangkatan Orang Islam 2024; Ordinan Pengangkatan Sarawak [Cap.91] atau mana-mana undang-undang negeri yang berkaitan; 
      4. Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara seperti berikut:  
        1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
        2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) mengikut Akta Kanak-Kanak 2001; atau
        3. Kanak-kanak bertaraf warganegara Malaysia yang dijaga oleh waris atau keluarga ganti yang mempunyai pertalian saudara dan berkelayakan.
      5. Kanak-kanak yang tinggal di Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan secara percuma adalah tidak layak.


    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

    1. Salinan MyKad pemohon;
    2. Salinan MyKad/ MyKid kanak-kanak warganegara (jika berkaitan); atau
    3. Salinan Sijil Kelahiran bagi kanak-kanak di bawah Program Anak Pelihara JKM dan Perintah Mahkamah bagi Kanak-Kanak (jika berkaitan); atau
    4. Surat tawaran Program Anak Pelihara/ Perintah Mahkamah [Perintah mahkamah seksyen 30(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001] (jika berkaitan);
    5. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat); 
    6. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
    7. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
    8. Tarikh Kemaskini :23/06/2025

  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) 
    BANTUAN Latihan Perantis (BLP)

    KADAR
    RM200.00 sebulan seorang.

    TUJUAN
    Membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-mana agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal (internship) di JKM.

    SYARAT KELAYAKAN BANTUAN
    1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
    2. Berumur 16 tahun ke atas hingga 35 tahun mengikut kesesuaian;
    3. Anak-anak penerima bantuan; atau
    4. Bekas pelatih/ bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
    5. Kes-kes seliaan akhlak; atau
    6. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; atau
    7. OKU berdaftar yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti kemahiran dan latihan yang disediakan.

    NOTA: 

    1. Kelulusan berdasarkan tempoh latihan.
    2. Pengiraan umur pemohon adalah berasaskan tahun kelahiran.

    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. Salinan MyKad;
    2. Salinan Kad OKU Berdaftar dengan JKM (sekiranya berkaitan);
    3. Salinan surat tawaran latihan; atau
    4. Pengesahan menjalani latihan dari agensi pengendali latihan;
    5. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
    6. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).
    7. Tarikh Kemaskini :23/06/2025