Top banner 1

  Pengumuman:

PERUTUSAN PENGARAH

  Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.

Perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui laman web ini, ianya diharapkan akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada kumpulan sasar jabatan, komuniti dan masyarakat bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.

Akhir Kata,  saya berharap laman web ini menjadi satu landasan terbaik mendapatkan maklumat serta memberikan cadangan penambahbaikan perkhidmatan kepada semua penjawat awam, warga Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan rakyat secara keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
 
ZUHAMI BIN OMAR
Pengarah Kebajikan Masyarakat
Negeri Terengganu