Pengumuman

KURSUS PEMATUHAN PEGAWAI AWAM

20 NOVEMBER 2017 – KUALA TERENGGANU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Pematuhan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam bagi Tahun 2017. Seramai 40 orang kakitangan lantikan baharu telah terpilih untuk mengikuti kursus tersebut yang diadakan pada 13 November 2017 bertempat di Pusat Khidmat Setempat OKU Marang, Terengganu. Pihak jabatan telah menjemput Puan Alifah Noor binti Abidin, Penolong Pengarah Kanan,  Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan Puan Fazilah binti Ghani, Pegawai Psikologi Kanan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Marang untuk memberikan ceramah. Peserta-peserta kursus telah didedahkan berkaitan mengenai kepentingan tatakelakuan dan tatatertib bagi anggota perkhidmatan awam bagi mewujudkan pentadbiran yang cekap di dalam melaksanakan segala fungsi serta tanggungjawab ke arah pencapaian matlamat dan objektif sesebuah jabatan.