Pengumuman

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DIRI BAGI PEGAWAI DAN KAKITANGAN JABATAN

20 OGOS 2017 – KUALA TERENGGANU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Pemantapan Sahsiah Diri bagi pegawai dan kakitangan jabatan seramai 40 orang pada 10 Ogos 2017 hingga 12 Ogos 2017 bertempat di Tapak Perkhemahan Taman Laut Pulau Redang, Terengganu. Program turut disertai oleh Tuan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, Encik Zuhami bin Omar, pegawai kanan dan kakitangan.

Pada hari terakhir kursus iaitu 12 Ogos 2017, Program Jelajah Kebajikan Bersama Kakitangan JKM Negeri Terengganu dan Kepimpinan Negeri di Pulau Redang turut diadakan. Program tersebut dirasmikan oleh Yang Berhomat Tuan Haji Bazlan bin Abd. Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit. Program ini melibatkan aktiviti gotong-royong bersma penduduk setempat dan penyampaian sumbangan kepada klien jabatan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Bazlan bin Abd. Rahman.