Pengumuman

PROGRAM HALAQAH ILMU

MARANG, Pada  8 ogos 2017 (Selasa) , Seramai 60 orang penghuni di Sekolah Tunas Bakti (P) Marang telah terlibat dengan Program Halaqah Ilmu anjuran Biro Agama Sekolah Tunas Bakti (P) Marang (STB). Program ini dijayakan bersama 6 orang tenaga pengajar dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) Negeri Terengganu. Objektif program ini adalah untuk memberi ilmu agama kepada penghuni-penghuni institusi.