Pengumuman

Kursus Personaliti dan Motivasi Diri kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu bagi Tahun 2017

25 OKTOBER 2017 – KUALA TERENGGANU, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Personaliti dan Motivasi Diri kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu bagi Tahun 2017.Seramai 40 orang kakitangan telah terpilih untuk mengikuti kursus tersebut yang diadakan pada 22 Oktober 2017 hingga 23 Oktober 2017 bertempat di Pusat Latihan Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Terengganu. Pihak jabatan telah menjemput Puan Saidah Adawiyah binti Abdul Rahim, Pegawai Psikologi dari Pejabat LPPKN Negeri Terengganu untuk memberikan ceramah. Peserta-peserta kursus telah didedahkan dengan  unsur-unsur pembangunan diri, pemantapan kerohanian, perubahan sikap, peningkatan motivasi dan konsep kecemerlangan diri dan jabatan  di dalam situasi dan persekitaran kerja sebenar.