Orang Kurang Upaya
-
Pengenalan
Pusat Khidmat Setempat (PKS) Orang Kurang Upaya (OKU) dibina di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kepada OKU di dalam satu tempat secara bersepadu. Ia berfungsi sebagai Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Pusat Rujukan OKU, Pusat Sumber Maklumat, Pusat Pengesanan Awal Kecacatan, Pusat Khidmat Nasihat dan Pusat Pendaftaran OKU. Penubuhan PKS adalah satu inisiatif untuk meningkatkan perkhidmatan kepada kumpulan sasar khususnya OKU. Teras perkhidmatan yang ditawarkan kepada OKU di PKS adalah seperti berikut:
- Pemulihan;
- Kesihatan;
- Pendidikan/ Latihan;
- Ekonomi/ Pekerjaan; dan
- Perkhidmatan Sokongan.
Tarikh Kemaskini :30/04/2021
-
Senarai PKS
- Pusat Khidmat Setempat OKU Bedong
Jalan Semeling
08100 Bedong, Kedah
No. Telefon : 04 – 4582711
(Pengurus : Encik Azrul Azwar bin Ismail)- Pusat Khidmat Setempat OKU Marang
Jalan Sungai Kerak
21600 Marang
Terengganu
No. Telefon : 09-618 1319
(Pengurus : Wan Mohd Rosdi Bin Wan Harun)Tarikh Kemaskini :30/04/2021