Bahagian - Bahagian
-
Fungsi Bahagian
CAWANGAN HUBUNGAN MULTISEKTORAL
1. TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) DAN KOLABORASI STRATEGIK- Merancang/mengurus/menyelaras program kesedaran dan galakan Tanggungjawab Sosial Korporat/Corporate Social Responsibility (CSR) serta kolaborasi strategik melalui perkongsian bijak (multisektoral) dengan menggalakkan penglibatan sektor kerajaan/korporat/ swasta/pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)/pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam kerja-kerja kebajikan dan pembangunan masyarakat.
- Merancang/mengurus/menyelaras/memantau aktiviti sumbangan korporat daripada sektor kerajaan/korporat/ swasta/pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)/pertubuhan bukan kerajaan (NGO)/individu kepada kumpulan sasar Jabatan.
- Mentadbir urus Sistem MyCorporate Care melalui Jawatankuasa Pasukan Projek ICT MyCorporate Care.
1. PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK)- Membangun/menyelaras/memantau/khidmat nasihat pelaksanaan Garis Panduan Pemberian Bantuan Geran Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) agar tadbir urus PSK di tahap yang optimum demi kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan di PSK.
- Mengurus/menyemak/menyedia dokumen permohonan/perjanjian Bantuan Geran PSK serta mengurusetia mesyuarat permohonan Bantuan Geran PSK di peringkat Jabatan.
- Menyelaras dan memantau pengagihan peruntukan bagi geran PSK kepada PSK yang diluluskan.
- Menjalankan pemantauan ke atas PSK Kebangsaan yang telah diluluskan geran PSK.
- Menyelaras/memantau/khidmat nasihat pelaksanaan program/aktiviti di bawah Bantuan Khas Perbendaharaan agar setiap program/aktiviti yang dijalankan memberi impak kepada pembangunan dan kesejahteraan kumpulan sasar Jabatan.
- Mengurus/menyemak/menyedia dokumen permohonan/perjanjian Bantuan Kewangan BKP, mengurusetia mesyuarat permohonan Bantuan Kewangan BKP di peringkat Jabatan dan menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Induk BKP di peringkat KPWKM.
- Menyelaras dan memantau pengagihan peruntukan bantuan kewangan BKP kepada NGO yang diluluskan.
- Menyelaras permohonan pengecualian cukai daripada NGO/PSK dengan JKM Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
1. PENGURUSAN SUKARELAWAN JKM
- Menguruskan keahlian Sukarelawan JKM.
- Membangunkan pangkalan data Sukarelawan JKM.
- Merancang, menggubal, melaksana dan memantau Garis Panduan Pengurusan Sukarelawan JKM.
2. PENGURUSAN PEMBANGUNAN SUKARELAWAN JKM- Membangun latihan kepada sukarelawan.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan program pembangunan kesukarelaan dalam komuniti dan penyelarasan sukarelawan bencana.
- Mengurus dan memantau Program Volunteers To Institutions (V2i), Program Pusat Aktiviti Sukarelawan atau Volunteers Activity Centre (V@C) serta membangun Program Ganjaran Sukarelawan (Volunteer Reward Program).
- Menyelaras penganjuran Majlis Anugerah Kesukarelaan peringkat negeri dan kebangsaan.
- Menyelaras Sukarelawan JKM ke peringkat antarabangsa.
- Mengurus dan menyelaras keperluan kewangan Bahagian.
- Membuat unjuran keperluan awal tahun dan agihan peruntukan kepada negeri.
- Mengurus laporan kewangan bahagian.
- Mengurus ePerolehan yang melibatkan tindakan pengesahan dan kelulusan bagi Nota Minta, LO dan perkara berkaitan perolehan bahagian.
- Mengurus dan menyelaras keperluan penerbitan bahagian.
1. PENGURUSAN PEMERKASAAN KOMUNITI BANDAR- Merancang, menyelaras dan memantau Program Pembangunan Komuniti di PPR, Program Projek Organisasi Komuniti (POK) dan kawasan berisiko tinggi, program-program komuniti (ad-hoc), program dan aktiviti di Pusat Transformasi Bandar (UTC).
- Merancang, menyelaras dan memantau program pembangunan komuniti di PPR, Program POK dan kawasan berisiko tinggi, program-program komuniti (ad-hoc), program dan aktiviti di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).
3. PENGURUSAN PROGRAM KHIDMAT BANTU DI RUMAH (KBDR)- Merancang, menyelaras dan memantau Program Khidmat Bantu Di Rumah (KBDR), latihan kewangan pelaporan dan pemantauan
Tarikh Kemaskini :11/01/2024
-
Carta Organisasi
Tarikh Kemaskini :25/04/2022