Top banner 1

PERKHIDMATAN

PROGRAM PERKHIDMATAN JOB COACH

PROGRAM PERKHIDMATAN JOB COACH

PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE I] merupakan projek kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Japan International Cooperation Agency Japan (JICA) yang bermula pada 1 September 2009 hingga 31 Ogos 2012. Perjanjian persefahaman ini telah ditandatangani pada 4 Mac 2009.  Fasa ini memberi fokus kepada Sokongan Pekerjaan  “Job Coach” dan  Disability Equality Training (DET). Tujuan projek ini adalah untuk menggalakkan penyertaan OKU di dalam masyarakat melalui Sokongan Pekerjaan. Fasa ini merupakan fasa pembangunan dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada agensi dan kakitangan di sekitar Lembah Klang mengenai ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan kepada OKU. Disamping memberi kesedaran kepada masyarakat, fasa ini juga memberi tumpuan kepada pembangunan modul-modul latihan, melahirkan jurulatih-jurulatih DET dan Job Coach untuk melahirkan lebih ramai advocator  dan Job Coach di seluruh Malaysia. 
 
Melihat kepada keperluan, projek kerjasama ini diteruskan dengan projek yang sama iaitu  PROJECT TO SUPPORT PARTICIPATION OF PERSONS WITH DISABILITIES [PHASE II] pada 1 September 2012 hingga 31 Ogos 2015. Fasa kedua merupakan fasa pelaksanaan dengan memperluaskan kesedaran mengenai ketidakupayaan dan sokongan pekerjaan di seluruh Malaysia. Program Perkhidmatan Job Coach (PPJC) telah diperkenalkan yang bertujuan untuk menggalakkan pekerjaan yang berkekalan kepada OKU di pasaran pekerjaan terbuka. Job Coach adalah individu yang dilatih mempunyai berpengalaman dan profesional dalam memberi sokongan kepada OKU. Job Coach menjadi penghubung antara OKU dan majikan dengan menyediakan sokongan untuk kedua-dua belah pihak seperti berikut:
i. Penilaian OKU: Membuat penilaian dan memahami keadaan OKU
ii. Penilaian Tempat Kerja: Membuat penilaian persekitaran tempat kerja
iii. Job Matching: Mengubah keadaan kerja dan menyusun semula tugas-tugas yang bersesuaian dengan OKU atas kebenaran majikan
iv. Sokongan Intensif: Menyediakan sokongan untuk OKU dan majikan di tempat kerja
v. Natural Support: Mewujudkan sokongan rakan sekerja OKU untuk mengurangkan sokongan Job Coach secara beransur- ansur.
vi. Follow-up: Sokongan berkala untuk mengekalkan OKU dalam pekerjaan.
 
PPJC menyediakan elaun sebanyak RM 15.00 sejam kepada Job Coach yang memberi sokongan pekerjaan kepada OKU. Jumlah maksima yang boleh dituntut oleh setiap OKU yang disokong adalah sebanyak RM 900.00.