Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (PU)

  • Profil Pengarah Bahagian
    Nama    : Ismail Arul Raj bin Amirudin
    Jawatan: Pengarah (Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan)
    Telefon : 03-8323 2333
    Faks       : 03-8323 2058
    E-mel     : ismailarul@jkm.gov.my

    Tarikh Kemaskini :16/07/2024

  • Pengenalan:
    Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah membuat penstukturan semula jabatan pada tahun 2014. Seiring dengan penstrukturan JKM, Bahagian Perundangan dan Advokasi telah diperkukuhkan dengan penjenamaan semula nama kepada Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (Bahagian PU).
    Pada 14 Jun 2022, Mesyuarat Jawatankuasa Dasar JKM Bil. 3 Tahun 2022 telah bersetuju dengan pemindahan fungsi pengurusan institusi orang papa (Desa Bina Diri) daripada Bahagian Warga Emas kepada Bahagian PU yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2023. Justeru, satu cawangan diwujudkan iaitu Cawangan Pengurusan Institusi dan Integrasi.

    Objektif:
    Untuk menentukan segala urusan pekhidmatan berkaitan perundangan dikendalikan mengikut peruntukan,amalan dan kehendak Akta, Peraturan-Peraturandan Kaedah-Kaedah yang ditetapkan.

    Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan (Bahagian PU) telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan elemen penguatkuasaan di bawah  akta-akta berikut:
    i. Akta Orang-Orang Papa 1977
    ii. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
    iii. Akta Pusat Jagaan 1993
    iv. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
    v. Akta Kanak-Kanak 2001

    Bahagian PU terbahagi kepada lima cawangan utama iaitu:
    i.  Cawangan Pematuhan
    ii. Cawangan Pemeriksaan
    iii. Cawangan Siasatan
    iv. Cawangan Pendakwaan
    v.Cawangan Pengurusan Institusi dan Integrasi.



     

    Tarikh Kemaskini :16/07/2024

  • FUNGSI BAHAGIAN
    Fungsi Bahagian Perundangan dan Penguatkuasaan adalah melaksanakan pengoperasian dan aktiviti penguatkuasaan mengikut peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.

    A. CAWANGAN SIASATAN
    1.Penyelarasan dan pemantauan terhadap tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
    2.Penyelarasan dan pemantauan terhadap tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
    3.Penyelarasan dan pemantauan terhadap tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
    4.Semakan Kertas Siasatan bagi tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993, Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Akta Kanak-Kanak 2001
    5.Penyelarasan dan pemantauan kes aduan berkaitan semua Akta kendalian Bahagian
    6.Penyelarasan dan Pemantauan kepada Program My Community Care Enforcement (MyCCE)
    7.Penyelarasan rekod kesalahan lampau bagi kes di bawah Akta TASKA 1984 dan Akta Pusat Jagaan 1993
    8.Pengurusan Latihan kepada Pegawai Penyiasat di bawah Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001.
    9.Pengurusan Latihan kepada Jurufoto di bawah Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001
    10.Penyelarasan statistik tindakan penguatkuasaan ke atas TASKA dan Pusat Jagaan
    11.Pengurusan Kewangan Bahagian

    B. CAWANGAN PEMERIKSAAN
    1. Penyelarasan dan pemantauan pendaftaran pusat jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
    2. Pemeriksaan kepada pematuhan Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
    3. Pemeriksaan kepada pematuhan TASKA di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
    4. Penyelarasan Program Advokasi bagi Akta Pusat Jagaan 1993
    5. Pengurusan Latihan kepada Pegawai Diberi Kuasa di bawah Akta Pusat Jagaan 1993
    6. Penyelarasan Mesyuarat Agensi Setempat (OSC) bagi Akta Pusat Jagaan 1993
    7. Penyelarasan dan analisa statistik di bawah Akta Pusat Jagaan 1993.
    8. Penyelarasan dan pemantauan Sistem myKendiri
    9. Penyelarasan kerjasama antara agensi teknikal bersama pihak KKM, Jabatan Bomba dan KPKT berkaitan isu pusat jagaan


    C. CAWANGAN PEMATUHAN
    1. Pengurusan kes di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
    2. Pengurusan tempat selamat di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
    3. Program Pemulihan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
    4. Pengurusan kes Akta Orang-Orang Papa 1977
    5. Pengurusan Kualiti Bahagian
    6. Penyelarasan Program Advokasi bagi Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Akta Orang-Orang Papa 1977
    7. Penyelarasan Mesyuarat Agensi Setempat (OSC) bagi Akta Orang-Orang Papa 1977 dan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994
    8. Penyelarasan dan analisa statistik di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Akta Orang-Orang Papa 1977
    9. Urus setia Jawatankuasa Kerja Perlindungan Keganasan Rumah Tangga
    10. Penyelarasan pelaporan kepada Jawatankuasa Menangani Keganasan Rumah Tangga di peringkat Kementerian
    11. Penyelarasan dan pemantauan Sistem Pengurusan Orang Papa

    D. CAWANGAN PENDAKWAAN
    1. Pengurusan kes-kes pendakwaan melalui semakan borang pengaduan, pertuduhan, fakta kes dan senarai ekshibit bagi Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001
    2. Pengurusan pewartaan di bawah Akta kendalian Jabatan
    3. Pengurusan pelantikan Penasihat Mahkamah bagi 105 daerah bagi setiap tempoh 2 tahun
    4. Penyelarasan kerjasama agensi bagi urusan pelaksanaan undang-undang bersama BHEUU, AGC dan Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri
    5. Penyelarasan sistem rekod pewartaan myWARTA berkaitan pewartaan pegawai dan institusi
    6. Penyelarasan Program Advokasi Undang-Undang (Jerayawara)
    7. Penyelarasan dan pemantauan tindakan pematuhan terkadap Kod Etika Pegawai Penguatkuasa
    8. Pengurusan Latihan kepada Pegawai Pendakwa di bawah Akta TASKA 1984, Akta Pusat Jagaan 1993 dan Akta Kanak-Kanak 2001.
    9. Penyelaras bagi Sistem e-kehakiman di peringkat Jabatan.

    E. CAWANGAN PEMULIHAN DAN INTEGRASI
    1. Penyelarasan dan pemantauan Rumah Kebajikan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977 dan Kaedah.
    2. Penyelarasan dan pemantauan peruntukan kewangan Rumah Kebajikan
    3. Penyelarasan lantikan dan pengurusan Lembaga Pelawat di bawah Kaedah – Kaedah (Rumah Kebajikan) Orang Papa 1981
    4. Pengurusan modul pemulihan penghuni
    5. Pengurusan kemahiran vokasional
    6. Penyelarasan program pengintegrasian penghuni
    7. Penyelarasan statistik penghuni Rumah Kebajikan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977
    8. Pengurusan Latihan kepada Penguasa dan kakitangan Rumah Kebajikan
    9. Penyelarasan kerjasama dengan agensi/syarikat korporat berkaitan kebajikan orang papa seperti YKN, KKM, JIM, PDRM dan Jabatan Tenaga Kerja

    Tarikh Kemaskini :18/07/2024



  • Tarikh Kemaskini :18/07/2024