Bantuan Sekaligus

  • Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan
    BANTUAN ALAT TIRUAN / ALAT SOKONGAN

    1.  TUJUAN

    1.1  Surat Pekeliling ini dikeluarkan bertujuan untuk meneyelaras semula panduan melaksanakan Pengurusan Permohonan Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT/S) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada kumpulan sasar melalui kaedah Pemberian Bantuan Kerajaan.

    1.2  Garis Panduan ini sebagai rujukan dan amalan kepada semua pegawai dan kakitangan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKMN) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan (PKMD/J/B/C) yang terlibat dalam pengurusan permohonan BAT/S dapat dilaksanakan dengan cekap, bersistematik, berintegriti dan memenuhi ekspektasi masyarakat dan stakeholder.

    2.  PUNCA KUASA

    2.1  Mesyuarat Pengurusan Tertinggi (MPT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bilangan 1 Tahun 2023 bertarikh 9 Februari 2023.

    2.2  Mesyuarat Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Bilangan 3 Tahun 2023 bertarikh 2 Ogos 2023.

    3.  LATAR BELAKANG

    3.1  Sejak tahun 1971, JKM telah menyediakan pelbagai Bantuan Persekutuan berdasarkan tujuan-tujuan tertentu mengikut kadar yang telah ditetapkan. Bantuan-bantuan yang disediakan adalah untuk memenuhi keperluan asas dan kefungsian diri golongan miskin dan bekeperluan. Pihak kerjaan dan badan kebajikan telah mempelopori dan memainkan peranan utama dalam membekalkan perkhidmatan untuk warga emas, terutamanya melalui institusi penjagaan dan bantuan kepada golongan kurang upaya dan miskin (Syed Abd Rashid, 2013).

    3.2  Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan lebih daripada satu billion penduduk memerlukan satu atau lebih alat bantuan. Majoritinya terdiri daripada golongan warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU). Seiring dengan peningkatan umur dan ketidakupayaan, setiap individu terdedah kepada penurunan tahap kesihatan dalam segenap fungsi tubuh badan mereka yang menyebabkan keperluan individu tersebut terhadap alat bantuan sokongan semakin meningkat.

    3.3  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan pemeriksaan terhadap amalan, sistem dan tatacara pengurusan peruntukan BAT/S oleh JKM selaras peruntukan seksyen 7 (c), (d) dan (e) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).  


    •Membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;
    •Membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.  

    SYARAT KELAYAKAN 
    1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Kumpulan sasar JKM;
    3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
    4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;  
    Nota:
    Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

    JENIS PERALATAN TIRUAN/ ALAT SOKONGAN ?
    • Anggota Palsu
    • Kerusi Roda
    • Alat Bantu Pendengaran
    • Alat-alat Keperluan Lain
    • Penggantian / Baik Pulih Alat


    Tarikh Kemaskini :12/09/2022