Institusi Kebajikan Rumah Kanak-Kanak
PENGENALAN
Rumah Kanak-Kanak adalah institusi Tempat Selamat bagi pemeliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54 (tempat selamat) Akta Kanak-Kanak 2001.
OBJEKTIF
Untuk memberi jagaan gantian kepada kanak-kanak disamping menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi serta mental yang sihat dalam suasana kekeluargaan yang harmoni.
KATEGORI KANAK-KANAK
KEMASUKAN
Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 30(1)(c)(i) (penempatan sementara kepada ibu bapa pelihara) dan 30(1)(d) (tempat selamat selama 3 tahun/ umur 18 tahun) Akta Kanak-Kanak 2001
TEMPOH PERLINDUNGAN
SENARAI RUMAH KANAK-KANAK (RKK)

- didera dari aspek fizikal, emosi, penganiayaan seks oleh ibu bapa atau penjaga;
- akan didera dari segi fizikal atau dicedera dari segi emosi atau dianiaya dari segi seks;
- ibubapa/penjaga kanak-kanak telah abai/ tak berupaya untuk menjalankan pengawasan & pengawalan;
- ibu bapa atau penjaga kanak-kanak telah mengabaikan atau keberatan untuk mengadakan pemeliharaan, makanan pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak;
- tiada ibu bapa atau penjaga;
- telah dibuang oleh ibu bapa;
- kanak-kanak yang terlibat dengan pengemisan, membuat persembahan / menawar apa-apa untuk jualan; dan
- menjalankan penjajaan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian, loteri atau sebarang aktiviti yang mendatangkan kemudaratan kepada kebajikan kanak-kanak tersebut.
KEMASUKAN
Perintah Mahkamah di bawah Perenggan 30(1)(c)(i) (penempatan sementara kepada ibu bapa pelihara) dan 30(1)(d) (tempat selamat selama 3 tahun/ umur 18 tahun) Akta Kanak-Kanak 2001
TEMPOH PERLINDUNGAN
- Selama tempoh tiga tahun atau sehingga mencapai umur 18 tahun mengikut mana-mana yang lebih pendek.
- Boleh dibebaskan awal dengan meminda, mengubah atau membatal perintah.
SENARAI RUMAH KANAK-KANAK (RKK)
| BIL | NAMA RKK | KAPASITI |
| 1 | RKK Taman Bakti, Kepala Batas, Pulau Pinang | 100 |
| 2 | RKK Sultan Abd Aziz, Kuala Kangsar, Perak | 100 |
| 3 | RKK Tengku Budriah, Cheras Kuala Lumpur | 100 |
| 4 | RKK Tengku Ampuan Fatimah Kuantan, Pahang | 100 |
| 5 | RBL Tun Abdul Aziz, Durian Daun, Melaka | 100 |
| 6 | Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan Serendah, Selangor | 120 |
| 7 | RKK Kota Kinabalu, Sabah | 100 |
| 8 | RKK Arau, Perlis | 200 |
| 9 | RKK Kuching, Sarawak | 100 |
| 10 | RKK Rembau, Negeri Sembilan | 150 |
| 11 | RKK Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang | 200 |
| 12 | RKK Pokok Sena | 50 |
| 13 | RKK Mini Kelantan | 30 |
| 14 | RKK Mini Johor | 30 |
| 15 | RKK Mini Selangor | 30 |
| JUMLAH | 1510 |