Pengenalan
-
Pengenalan
PENGENALANJKM menyediakan perkhidmatan bantuan kewangan Persekutuan kepada golongan berkeperluan bagi maksud Pencegahan, Pemulihan, Perlindungan, Pembangunan dan Pengintegrasian (5P) kumpulan sasar Jabatan ke dalam masyarakat yang dilaksanakan melalui Praktis Kerja Sosial.Pelaksanaan bantuan kewangan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.Perkhidmatan bantuan kewangan Persekutuan dilaksanakan di peringkat Negeri dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan (PKMD/J/B/C) di seluruh Negara. Setiap permohonan yang diterima dan dirujuk akan disiasat di peringkat Negeri dan PKMD/J/B/C.Pada 1 Januari 2023, skim bantuan bulan JKM telah dikategorikan kepada Skim Bantuan Produktif dan Skim Bantuan Tidak Produktif. Bermula dari tarikh ini, proses kaji semula hanya dikhususkan bagi Skim Bantuan Produktif manakala Skim Bantuan Tidak Produktif perlu dibuat pemantauan dan penilaian setahun sekali.
Tarikh Kemaskini :16/06/2025
-
Objektif Pemberian Bantuan
OBJEKTIF PEMBERIAN BANTUAN
- Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan.
- Alat sokongan sosial (social support tools) untuk membantu penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan.
- Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama keluarga/ komuniti/ masyarakat.
- Sebagai sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.
Tarikh Kemaskini :16/06/2025
-
Falsafah Bantuan
FALSAFAH BANTUANSecara prinsipnya, dalam melaksanakan pemberian bantuan kepada rakyat, Kerajaan Malaysia tidak sesekali mengamalkan konsep Negara Kebajikan (Welfare State). Proses Pemberian bantuan kewangan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari. Permohonan yang lengkap akan disiasat dan dipertimbangkan berdasarkan KELAYAKAN DAN BUKAN HAK tanpa mengira latar belakang, kaum, agama dan jantina.
Tarikh Kemaskini :16/06/2025
-
Konsep Bantuan
KONSEP BANTUAN
Bantuan kewangan Persekutuan adalah BERSIFAT SEMENTARA. Bantuan ini bagi membantu individu/ keluarga pemohon yang berkeperluan agar dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti. Pemberian bantuan ini berdasarkan prinsip kerja sosial untuk meningkatkan kefungsian sosial mereka.Tarikh Kemaskini :16/06/2025
-
Kaedah Permohonan
KAEDAH PERMOHONANTerdapat dua (2) kaedah permohonan bantuan bagi skim bantuan kewangan persekutuan (bulanan) seperti berikut:
- PERMOHONAN SECARA MANUAL MENGGUNAKAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM18):
- Borang JKM18 yang disertakan seperti di Lampiran 1; dan
- Proses kerja permohonan seperti berikut:
- Terima Permohonan
- Petugas Kaunter/ Pegawai Yang Bertanggungjawab (PYB) yang bertugas di kaunter menerima borang permohonan berserta dokumen sokongan.
- Semak Borang Permohonan dan Dokumen
- Sekiranya maklumat lengkap, kes akan diagihkan kepada Pegawai Kes untuk tindakan siasatan.
- Sekiranya borang dan dokumen tidak lengkap Petugas Kaunter/ PYB/ Pegawai Kes hendaklah meminta pemohon/ perujuk melengkapkan dokumen atau maklumat yang diperlukan berdasarkan senarai semak permohonan bantuan kewangan JKM.
- Agihan Kes
- Setelah permohonan lengkap diterima, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah mendaftarkan permohonan dalam Sistem eBantuanJKM dan mengagihkan kepada Pegawai Kes berkenaan.
- Terima Permohonan
- PERMOHONAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE) SISTEM EBANTUANJKM
- Permohonan secara online adalah satu kaedah yang disediakan kepada orang awam melalui laman sesawang https://ebantuanjkm.jkm.gov.my.
- Permohonan akan diagihkan secara automatik melalui sistem mengikut butiran negeri/ daerah yang dipilih oleh pemohon.
- Perakuan penerimaan permohonan dipaparkan melalui sistem dan pemohon/ wakil hendaklah mengemukakan dokumen sokongan dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat kepada PKMD berkenaan.
- Setiap permohonan atas talian yang disiasat dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
- Keputusan hendaklah dimaklumkan dalam tempoh 25 hari bekerja dari tarikh permohonan.
- Sekiranya dokumen lengkap tidak diterima dalam tempoh 10 hari bekerja maka permohonan tersebut terbatal secara automatik di dalam sistem eBantuanJKM.
- Proses kerja permohonan seperti berikut:
- Semakan permohonan pemohon oleh petugas kaunter/ PYB boleh dibuat melalui sistem eBantuanJKM menggunakan:
- Nombor kad pengenalan.
- Nama pemohon.
- Nombor rujukan pemohon.
- Nombor kad pengenalan.
- Setelah menyemak permohonan dalam sistem eBantuan, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah mencetak borang (JKM18-e) dan menyerahkan slip akuan terima permohonan.
- Sekiranya permohonan tersebut wujud dalam sistem eBantuanJKM, Petugas Kaunter/ PYB hendaklah menyemak dokumen sokongan yang dikemukakan adalah lengkap dan hendaklah mendaftarkan permohonan tersebut. Kes akan diagihkan kepada PYB dan seterusnya siasatan akan dijalankan.
- Sekiranya dokumen sokongan tidak lengkap PYB hendaklah meminta pemohon/ perujuk melengkapkan dokumen atau maklumat yang diperlukan berdasarkan senarai semak dokumen sokongan permohonan bantuan kewangan JKM.
- Sekiranya memerlukan siasatan lanjut, surat janji temu kepada pemohon perlu dijana dan dicetak.
- Semakan permohonan pemohon oleh petugas kaunter/ PYB boleh dibuat melalui sistem eBantuanJKM menggunakan:
Tarikh Kemaskini :16/06/2025
- PERMOHONAN SECARA MANUAL MENGGUNAKAN BORANG PERMOHONAN BANTUAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT (JKM18):
-
Senarai Borang
SENARAI BORANG
Tarikh Kemaskini :02/10/2025