Perkhidmatan Institusi Taman Sinar Harapan (TSH)

  • Pengenalan

    Taman Sinar Harapan (TSH) merupakan institusi di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) kategori Pembelajaran. TSH merupakan Tempat Selamat di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 bagi kanak-kanak OKU Pembelajaran yang memerlukan perlindungan. Pada masa ini terdapat tujuh (7) buah TSH di seluruh negara. Penghuni ditempatkan di TSH bagi tempoh tiga (3) tahun atau sehingga mencapai had umur yang ditetapkan. Dalam tempoh tersebut, penghuni akan diberi penjagaan, pelindungan dan pemulihan yang sewajarnya mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977. Terdapat dua (2) cara kemasukan ke TSH iaitu secara sukarela melalui kuasa Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat mengikut Kaedah-Kaedah Pusat-Pusat Pemulihan Cacat Akal 1977 atau melalui Perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.


     

    Tarikh Kemaskini :3 Mac 2025

  • Syarat-Syarat Permohonan Kemasukan
    Syarat-syarat permohonan kemasukan ke Taman Sinar Harapan secara sukarela seperti berikut:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Kategori OKU Pembelajaran
    3. OKU Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
    4. Tiada penyakit berjangkit

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan secara sukarela ke Taman Sinar Harapan melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian (PKMD) berhampiran tempat kediaman.
     
    Pemohon diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PKMD berkenaan.
     

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • a.           Borang Permohonan Kemasukan ke Taman Sinar Harapan
    b.           Salinan kad pengenalan pemohon;
    c.           Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara (jika berkaitan);
    d.           Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga;
    e.           Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan;
    f.            Salinan kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga.
     

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  • a.           Borang Permohonan Kemasukan ke Taman Sinar Harapan
    b.           Borang Persetujuan Ibu Bapa/ Penjaga;
    e.           Borang KKA 5 Bahagian B – Kebenaran Pembedahan Semasa Kecemasan;
     

    Tarikh Kemaskini :29/04/2021

  •  
     
    Bil. Institusi
    Klasifikasi Kemasukan
     
    1. Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, TERENGGANU
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 0-14 Tahun
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    2 Taman Sinar Harapan Cheras, SELANGOR
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 14-25 Tahun
    • Boleh Dilatih
    3 Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, NEGERI SEMBILAN
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 0-14 Tahun
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    4 Taman Sinar Harapan Tampoi, Johor Bahru, JOHOR
    • Lelaki Sahaja
    • Umur 15 ke atas
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    5 Taman Sinar Harapan Jubli, Johor Bahru, JOHOR
    • Perempuan Sahaja
    • Umur 15 ke atas
    • Boleh Dilatih
    • Tempat Selamat
    6 Taman Sinar Harapan Kuala Kubu Bharu, SELANGOR
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 15 Tahun Ke Atas
    • Tidak Boleh Dilatih/Terlantar
    • Tempat Selamat
    7. Taman Sinar Harapan Jitra, KEDAH
    • Lelaki dan Perempuan
    • Umur 0-14 Tahun
    • Tidak Boleh Dilatih/Terlantar
    • Tempat Selamat
     
     
     
    Ibu bapa atau penjaga boleh membuat pilihan memasukkan anak mereka ke mana-mana institusi mengikut zon dan kategori yang ditetapkan. Jabatan juga boleh menggunakan budi bicara untuk menempatkan pelatih ke mana-mana Taman Sinar Harapan yang bersesuaian.
     

    Tarikh Kemaskini :16/01/2023