Program dan Aktiviti Perintah Khidmat Masyarakat
PROGRAM DAN AKTIVITI DALAM PELAKSANAAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM)
1. Teras Pelaksanaan
Teras pelaksanaan hukuman PKM adalah berdasarkan kepada tiga elemen iaitu:
- Kerja tanpa Bayaran
- Pembentukan Modal Insan
- Pengurusan Pelatih Dalam Masyarakat
Merupakan aktiviti hukuman yang dilaksanakan oleh Pelatih PKM seperti menjalankan kerja pemuliharaan kawasan dan landskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti yang sesuai dan tidak melibatkan bayaran atau upah. Walaupun tidak dibayar upah atau gaji. Pelaksanaan PKM tidak diklasifikasikan sebagai buruh paksa, kerana menurut Perkara 6(3) Perlembagaan Persekutuan sekiranya pengawasan kerja-kerja tersebut dibuat oleh pihak berkuasa awam Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ianya tidak diklasifikasikan sebagai buruh paksa.
Meningkatkan perasaan cintakan negara (kenegaraan), disiplin diri dan kelangsungan hidup, serta program pemantapan modal insan.
Program dan aktiviti dalam pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat adalah sumbang balik pelatih kepada masyarakat “pay back to the community” yang memberikan kebaikan dan manfaat kepada masyarakat.
2. Program Dan Aktiviti
Setiap elemen pelaksanaan PKM dilaksanakan melalui aktiviti/kerja-kerja kemasyarakatan secara individu/ berkumpulan dan melalui program berskala kecil dan besar mengikut kesesuaian.
Tiga elemen pelaksanaan Perintah Khidmat Masyarakat iaitu:-
- HUKUMAN (PUNISHMENT)
- Pemuliharaan/ penyelenggaran kawasan;
- Pemuliharaan/selenggara bangunan;
- Pembersihan kawasan;
- Kerja-kerja landskap;
- Pembaikan kecil;
- Housekeeping;
- Penyajian makanan; dan
- Pengurusan diri penghuni institusi.
- Khidmat Bakti; dan
- Ilmu dan Bakti.
- PEMULIHAN (REHABILITATION)
- Sesi Ceramah/Motivasi;
- Pengurusan Stress;
- Perkongsian kesedaran jenayah;
- Sesi Kaunseling; dan
- Kelas Kemahiran.
- Kem PKM;
- Perkasa Keluarga;
- PKM Beret; dan
- Skill & Career @CSO.
- PEMULIHAN (REHABILITATION)
- Ceramah keagamaan;
- Sesi Kaunseling;
- Ilmu dan Bakti; dan
- Kem PKM.
Melucutkan masa lapang pelatih dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan hendaklah menyekat kebebasan pelatih dan mengambil kira tanggungjawab bukan keselesaan.
Aktiviti yang dilaksanakan adalah kerja-kerja kemasyarakatan di institusi JKM/Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK)/Pusat Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) / Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) / pusat jagaan / kawasan dan bangunan PBT / komuniti /tempat ibadat / bangunan kerajaan adalah seperti berikut:-
Manakala Program yang ditetapkan oleh Bahagian PKM di peringkat ibu pejabat/ negeri/daerah (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa/ inisiatif baharu)
Merupakan sesuatu yang merangsang dan memupuk sikap tanggungjawab sosial dan menjadikan khidmat masyarakat sebagai suatu pengajaran berfaedah kepada pelatih itu sendiri.
Aktiviti-aktiviti berasaskan pemulihan kepada pelatih seperti:Program yang ditetapkan oleh Bahagian PKM di peringkat ibu pejabat/ negeri/daerah (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa/ inisiatif baharu)
Membantu pelatih dalam membina sahsiah diri, akhlak dan pekerti yang mulia. Mereka menginsafi atas kesalahan yang dilakukan serta menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.
Aktiviti-aktiviti berasaskan penginsafan kepada pelatih seperti:Program yang ditetapkan oleh Bahagian PKM di peringkat ibu pejabat/ negeri/daerah (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa inisiatif baharu); dan