Program Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas (PAWE@3A)
PENGENALAN
Program Pemerkasaan Aktiviti Warga Emas@ Anytime, Anywhere, Any Place (PAWE@3 A) merupakan satu bentuk aktiviti rutin atau bukan rutin yang boleh dijalankan secara berkala atau sekali gus (one- off) untuk warga emas di dalam sesebuah komunti oleh sesuatu Pertubuhan. Ianya merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas dengan melibatkan kerjasama strategik antara agensi Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Komuniti Setempat.
KONSEP
- Berdasarkan keperluan warga emas dalam sesebuah komuniti setempat yang lebih fleksibel - Anytime, Anywhere, Any Place.
- Program boleh menggabung jalinkan antara warga emas bersama kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya (OKU) dan komuniti setempat.
- Program dilaksanakan secara interaktif agar lebih menarik dan bersesuaian dengan kehendak dan keperluan semua pihak.
OBJEKTIF
- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan warga emas akan menjadi lebih aktif dan produktif melalui kepelbagaian dan perluasan program dan aktiviti
- Menghargai perkongsian pengalaman dan kepakaran warga emas dalam komuniti.
- Menggalakkan penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak dalam pembangunan warga emas.




