Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

  • Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
    Pengenalan


    Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)/Community Based Rehabilitation Programme (CBR) adalah satu strategi dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Program ini dilaksanakan melalui pendekatan multisektoral dengan penglibatan aktif Orang Kurang Upaya, keluarga dan masyarakat setempat dengan disokong oleh agensi kerajaan, swasta, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pemimpin tempatan melalui perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial dengan menggunakan sumber tempatan. Ianya berbeza dengan perkhidmatan institusi kebajikan yang mengasingkan Orang Kurang Upaya daripada penjaga dan komuniti.

     

    PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa. Mula ditubuhkan pada tahun 1984 iaitu melalui usaha kolaboratif antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Projek rintis PDK  telah dimulakan di Mukim Batu Rakit, Kuala Terengganu iaitu Penubuhan PDK Batu Rakit dengan jumlah OKU berdaftar seramai 55 orang. Sehingga bulan Februari 2025, terdapat 573 buah PDK di seluruh negara dengan jumlah pelatih berdaftar seramai 20,545 orang, 573 orang Penyelia dan 2,808 orang Petugas.

     

    Mulai tahun 2018, semua PDK merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah berdaftar sebagai pertubuhan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan menjadi sebuah entiti yang berdiri sendiri.

     

    Objektif
    1. Menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan orang kurang upaya (OKU).
    2. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan sumber tempatan untuk pemulihan OKU.
    3. Menggalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah, efektif dan sesuai dengan keaadaan setempat.
    4. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan.
    5. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU

    Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model
    • Home Based.
    • Centre Based.
    • Centre-Home Based.

    Aktiviti PDK
    • Kemahiran motor kasar.
    • Kemahiran motor halus.
    • Perkembangan sosial.
    • Perkembangan bahasa.
    • Pengurusan diri sendiri.
    • Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.
    • Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.
    • Latihan Vokasional.
    • Terapi muzik.
    • Sukan dan rekreasi.

    Konsep PDK 'One Stop Centre'
    PDK "One Stop Centre'' sebagai "Focal Point'' kerana ianya satu program yang menggunakan pendekatan integrasi komuniti di setiap daerah dan negeri.
    Melalui PDK "One Stop Centre'', perkhidmatan kepada OKU akan disediakan di satu tempat bagi memudahkan mereka dan masyarakat setempat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

    Peranan PDK "One Stop Centre":
    • Pusat Intervensi Awal OKU.
    • Pusat Sumber maklumat OKU.
    • Pusat Rujukan OKU.
    • Pusat Pendaftaran OKU.
    • Pusat Advokasi.


     

    Tarikh Kemaskini : 20/05/2025

  • Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu bapa / keluarga / penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti.
     
    PDK juga merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa. Hingga bulan Oktober 2020, seramai 19,304 OKU telah mendapat manfaat daripada 565 buah PDK di seluruh negara dengan seramai 565 orang Penyelia dan 2758 orang Petugas PDK.

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021

    1. Membolehkan OKU mencapai dan mengekalkan keupayaan fizikal dan mental ke tahap yang maksimum
    2. Membolehkan OKU mendapat akses kepada perkhidmatan dan peluang.
    3. Menggalakkan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU dalam komuniti.
    4. Menggalakkan penggunaan kaedah dan teknik pemulihan yang berkesan dan bersesuaian dengan masyarakat setempat.
    5. Mengurangkan penempatan jangka panjang di institusi pemulihan.
    6. Menggalakkan sikap prihatin dan rasa tanggungjawab masyarakat dalam melaksanakan program pemulihan OKU. 

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021

  • Ibu bapa atau penjaga boleh membuat permohonan kemasukan melalui Pertubuhan Kebajikan Sukarela (PSK) yang mengendalikan PDK berhampiran tempat kediaman.
     
    Pemohon diminta melengkapkan dan menghantar borang serta dokumen yang berkaitan kepada PSK berkenaan.

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021

  • a.           Borang Permohonan Kemasukan ke PDK
    b.           Salinan kad pengenalan/myKid/surat beranak pemohon;
    c.           Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara (jika berkaitan);
    d.           Salinan kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga.
     

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021

  • Borang Permohonan Kemasukan ke PDK

    Tarikh Kemaskini :30/04/2021