Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

PORTAL MY CORPORATE CARE
 
PENGENALAN

Portal My Corporate Care  merupakan  satu platform secara online yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  untuk membolehkan syarikat korporat  mengetahui  keperluan yang disenaraikan oleh Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) serta membuat sumbangan yang bersesuaian melalui kaedah suai padan (matching). Portal ini bertujuan menggalakkan pengwujudan masyarakat penyayang dan merealisasikan ”Kebajikan Tanggungjawab Bersama” dalam kalangan masyarakat khususnya syarikat korporat. 
Pelaksanaannya adalah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan kepada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Sasaran penerima sumbangan terbesar ialah penghuni institusi dan PSK di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

 
TUJUAN PORTAL INI DIWUJUDKAN
  1. Mewujudkan mekanisme demand and supply yang sistematik, terkini dan global secara online.
  2. Menyediakan satu kaedah alternatif untuk mendapatkan sumbangan oleh institusi dan PSK selain dari menggunakan kaedah yang sedia ada.
  3. Memudahkan Syarikat Korporat untuk menyalurkan sumbangan kepada institusi dan PSK yang berdaftar  berdasarkan keperluan yang dikehendaki oleh institusi dan PSK.
  4. Menggalakkan secara tidak langsung supaya PSK  berdaftar dengan JKM.

CAPAIAN KEPADA PORTAL MYCORPORATE CARE
 
Paparan Halaman utama akan memaparkan maklumat seperti berikut;
  1. Maklumat ringkas  berkaitan My Corporate Care.
  2. Senarai keperluan terkini yang dimohon oleh PSK
  3. Senarai sumbangan terkini yang diterima dari Syarikat Korporat
  4. Senarai PSK yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat
  5. Senarai Syarikat Korporat yang berdaftar sebagai penyumbang

CARA MENDAFTAR SEBAGAI PENYUMBANG OLEH SYARIKAT KORPORAT
 
Proses pendaftaran adalah berkonsepkan ‘Self Registration”Syarikat Korporat yang ingin menyumbang perlu mendaftar sebagaimana berikut
  1. Tekan butang Register di bahagian atas halaman utama
  2. Lengkapkan bahagian maklumat korporat.
  3. Lengkapkan id pengguna/Maklumat log-masuk
  4. Setelah lengkap. tekan butang register
Setelah  mendapatkan id dan kata laluan Syarikat Korporat boleh masuk sebagai pengguna portal untuk membuat sumbangan.
  1. Log masuk ke dalam sistem.
  2. Lihat senarai keperluan Pertubuhan Sukarela Kebajikan
  3. Masukkan sumbangan ke dalam Senarai Sumbangan.
  4. Hantar sumbangan untuk pengesahan
  5. Semak status sumbangan
 
CARA MENDAFTAR SEBAGAI PENERIMA OLEH PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN (PSK)
 
Hanya PSK yang berdaftar dan menerima geran dari JKM sahaja akan dibenarkan untuk log masuk ke dalam sistem
  1. Dapatkan  ID Pengguna dari JKM.
  2. Log masuk ke dalam sistem
  3. Masukkan keperluan di dalam Senarai Keperluan
  4. Hantar permohonan keperluan untuk pengesahan
  5. Semak status keperluan
 
PERANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT
 
Memastikan bahawa hanya PSK yang berdaftar dan menerima geran dari jabatan sahaja yang dibenarkan untuk daftar masuk ke dalam Portal MyCorporate Care. Ia sebagai jaminan kepada Syarikat Korporat yang ingin menyumbang kepada PSK bahawa sumbangan mereka akan diterima oleh PSK yang menepati syarat-syarat di bawah Akta Pusat Jagaan  1993.
 
FAEDAH KEPADA PENYUMBANG
  1. Pengecualian cukai jika sumbangan di salurkan kepada PSK yang diluluskan di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1997.
  2. Memudahkan penyumbang mengenalpasti PSK yang berkelayakan dan sumbangan diberi berdasarkan kepada keperluan
  3. Memberi imej dan reputasi yang baik kepada syarikat kerana melaksanakan CSR kepada PSK yang berkeperluan dalam memberi penjagaan dan perlindungan kepada kumpulan sasar jabatan.
*PERHATIAN : Sistem ini sedang dalam proses kemaskini data,  Pihak kami akan memaklumkan sekiranya sistem ini sudah tersedia.*
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Komuniti, Cawangan Hubungan Multisektoral