Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak : Kasih Kanak-Kanak Siri.4/2024
18.10.2024 (JUMAAT)
SMK Rancha-Rancha, W.P Labuan
Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di SMK Rancha-rancha, WP Labuan telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah iaitu Ustaz Wan Azman bin Wan Awang.
Program ini akan dilaksanakan di 10 buah sekolah terpilih di WP Labuan bersama Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan kerjasama Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Sg Bedaun WP Labuan.
Salah satu pengisian program adalah hebahan Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-2615999 perkhidmatan yang beroperasi 24 jam setiap hari sebagai medium bagi masyarakat untuk melaporkan segera khususnya kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak.