Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak Peringkat Wliayah Persekutuan Labuan 2024
13 November 2024 (Rabu)
YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM) hari ini telah merasmikan Pelancaran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak : KASIH Kanak-Kanak Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan Wilayah Persekutuan Labuan.
Program advokasi bertujuan untuk menggerakkan semua anggota masyarakat serta kanak-kanak sendiri dalam memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa dipelihara dan hak mereka sebagai kanak-kanak dapat dipenuhi dan dilindungi.
Selain itu juga melalui program ini, masyarakat diseru agar bersama-sama membantu menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan dan melindungi kanak-kanak dengan melaporkan sebarang bentuk penganiayaan dan pengabaian melalui Talian Kasih 15999, Whatsapp 019 2615999 serta Aplikasi Mobil Talian Kasih.
Program pada hari ini diisi dengan ceramah dan pameran dari pelbagai agensi yang menyalurkan maklumat penting kepada masyarakat dan kanak-kanak, khususnya berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku penderaan dan pengabaian.
Turut hadir dalam majlis ialah YBrs. Dr Sopian bin Brahim, Pengarah Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak, Pegawai-Pegawai Kanan KPWKM, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Agensi berkaitan.