03.10.2024 (Khamis)
Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di SK Bebuloh WP Labuan telah dirasmikan oleh Guru Besar sekolah iaitu En. Haji Maidin Dali @ Sumardi.
Program ini akan dilaksanakan di 10 buah sekolah terpilih di WP Labuan bersama Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan kerjasama Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Sg Bedaun WP Labuan.
Salah satu pengisian program adalah hebahan Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-2615999 perkhidmatan yang beroperasi 24 jam setiap hari sebagai medium bagi masyarakat untuk melaporkan segera khususnya kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak.


