Pengumuman

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak : Kasih Kanak-Kanak Siri.6/2024

22.10.2024 (SELASA)
SK Pekan Dua, W.P Labuan
Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di SK Pekan Dua, WP Labuan telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah iaitu En. Abdul Rahman bin Salim.

Program ini akan dilaksanakan di 10 buah sekolah terpilih di WP Labuan bersama Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak dan kerjasama Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak Sg Bedaun WP Labuan.

Salah satu pengisian program adalah hebahan Talian Kasih 15999 atau Whatsapp 019-2615999 perkhidmatan yang beroperasi 24 jam setiap hari sebagai medium bagi masyarakat untuk melaporkan segera khususnya kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak.