Pengumuman

PROGRAM KEM PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT (PKM) ZON TIMUR (TERENGGANU, KELANTAN DAN PAHANG)

02 – 04 September 2025 | Selasa – Khamis | Program Kem Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) Zon Timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang) di Pusat Latihan Kenegaraan (PLK) Besut, Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), Pejabat Perdana Menteri, Jalan Bukit Keluang, Kampung Raja, Besut, Terengganu Darul Iman.

Penganjur bersama :
1. Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
2. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu.
3. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang
5. Akademi Kenegaraan Malaysia, Pejabat Perdana Menteri.

Objektif utama :
a) Meningkatkan jati diri dan membantu dalam proses pemulihan pelatih PKM.
b) Meningkatkan keinsafan dan kesedaran kepada pelatih PKM melalui amalan nilai-nilai kerohanian agar tidak mengulangi kesalahan lalu.
c) Mengembalikan kefungsian social pelatih PKM sebagai persediaan pengintegrasian semula dalam masyarakat selepas tamat menjalani PKM.

Pengisian program :
Slot 1 : Ice Breaking / Interaktif Kenegaraan (Kahoot)
Slot 2 : Input Madani / Taklimat Citra Merdeka
Slot 3 : Pendakian Bukit Keluang, Besut, Terengganu.
Slot 4 : Plan & Proceed (Bina Kota Bina Insan)
Slot 5 : Khidmat Komuniti (CSR)
Slot 6 : Kembara Halangan (Obstacle)
Slot 7 : Malan Citra Merdeka
Slot 8 : Night Walk
Slot 9 : Aktiviti Jejari
Slot 10 : Smart Tunnel / Rumusan

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Mohd. Hamiza bin Nasir, Pengarah Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Akademi Kenegaraan Malaysia (Pejabat Perdana Menteri), Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang kerana telah melaksana program tersebut dengan jayanya. Beliau juga menyarankan supaya semua pelatih PKM yang terlibat agar mengambil iktibar sepenuh hati daripada program ini yang mengandungi elemen hukuman, pemulihan dan penginsafan serta berusaha memperkukuh jati diri agar tidak lagi mengulangi kesalahan yang lepas.