LAWATAN KERJA JAWATANKUASA PILIHAN KHAS HAL EHWAL SOSIAL DAN MASYARAKAT (JKPK HESM), MAJLIS MESYUARAT DEWAN NEGARA KE PAWE KUALA TERENGGANU
*26 Oktober 2025 (Ahad) | Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Kuala Terengganu*
*Lawatan Kerja Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Sosial dan Masyarakat (JKPK HESM), Majlis Mesyuarat Dewan Negara ke PAWE Kuala Terengganu*
Lawatan Kerja ini diketuai oleh YB Senator Tuan Manolan bin Mohamad, Timbalan Pengerusi JKPK HESM. Turut hadir dalam lawatan kerja ini Puan Rosmahwati binti Ishak, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM, Puan Mazura binti Ngah Abd Manan, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu dan Puan Shazlin Adila binti Mohd Salleh, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Emas JKM serta Pegawai Kanan JKM Negeri Terengganu.
Lawatan Kerja ini bertujuan dan berperanan sebagai badan semak dan imbang ( _Check and Balance_) kepada Kerajaan bagi memastikan setiap dasar dan keputusan dipantau, dikaji dan dinilai secara telus. Jawatankuasa ini mempunyai fungsi dan tugas untuk memulakan penelitian dan penyiasatan terhadap apa-apa perkara berkaitan dengan perkhidmatan sosial dan masyarakat, perdagangan, perindustrian, pertanian, aktiviti kebudayaan, mewakili ras minoriti atau kepentingan Orang Asli.
Antara Pengisian Lawatan Kerja ini seperti:-
1. Perkongsian Maklumat kolaborasi antara UniSZA dengan PAWE Kuala Terengganu berkaitan penjagaan Kesihatan dan Kesejahteraan Warga Emas. Perkongsian maklumat ini disampaikan oleh Dr. Mispan bin Mangon, Pensyarah Fakulti Perubatan UniSZA
2. Demonstrasi masakan tradisional keropok lekor
3. Pemeriksaan kesihatan oleh Klinik Kesihatan Chendering
4. Permainan Tradisional meliputi Congkak, Dam Haji, Batu Seremban dan Ting Ting Bulu Ayam
Hasil program ini diharapkan memberi manfaat serta perkongsian maklumat yang lebih komprehensif berkaitan program-program yang dijalankan di PAWE Kuala Terengganu.