MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU DAN PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU BIL 1/2025
MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU DAN PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT NEGERI TERENGGANU BIL 1/2025
Tarikh: 3 Februari 2025 (Isnin)
Tempat: Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu
Pada
hari ini, Yang Berhormat. Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Negeri Terengganu telah menyempurnakan Majlis Amanat dan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu Bilangan 1/2025 bertempat di Dewan Penyayang, Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu.
Yang Berhormat dalam ucapan amanatnya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu atas dedikasi dan komitmen sepanjang tahun 2024. Selain itu juga Yang Berhormat turut menyentuh isu integriti amat sinonim kalangan penjawat awam. Berdasarkan kepada prinsip “amanah dijulang, integriti dipegang, kejujuran diserlahkan”, semua penjawat awam perlu berpegang pada nilai integriti dalam usaha memperkasakan pembangunan ekonomi negara.
Yang Berhormat juga menyeru seluruh warga JKMNT untuk agar sentiasa bertanggungjawab, emahami dan menghayati sifat jujur serta amanah bagi membolehkan nilai murni tersebut diterjemahkan dalam setiap tindakan.
Majlis ini turut meraikan Pegawai yang Bertukar dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Oktober hingga Disember Tahun 2024. Di akhir majlis ini juga meraikan Ulang Tahun Kelahiran YB Haji Maliaman bin Kassim.
Turut hadir YBrs. Puan Mazura binti Ngah Abd Manan, Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu, YBrs. Puan Mardhiah binti Mohamed, Pengetua Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu, Ketua Penolong Pengarah JKM Negeri, PKMD, Pengetua Institusi, pegawai-pegawai kanan Jabatan dan warga kerja JKM.